Vide0 | Tahap 0ksigen Kian Mer0sot, D0akan Suami Saya – Eina Azman

PETALING JAYA – Sebelum ini, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman menerusi satu hantaran di laman Instagram, memaklumkan dirinya dan suami telah disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 selepas menjalani ujian saringan.

Eina menjelaskan agak ‘terkejut’ dengan keputusan tersebut sedangkan pada minggu yang lalu, mereka baru sahaja membuat ujian saringan dan mendapat keputusan yang negatif.

Terbaru, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman menerusi satu hantaran di laman Instagram, berkongsi keadaan terkini suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, yang memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oxygen yang semakin menurun dan tahap kesihatan yang semakin merosot sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, (Datuk Paduka) Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.”

“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sebab oksigen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oksigen,” katanya dalam satu entri terbaharu di laman Instagramnya pada Rabu.

Terdahulu, Eina, 26, dalam hantaran berbeza sebelum ini berkongsi suasana sedih yang menyelubunginya sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh apabila dia dan suami serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Semoga cepat sembuh!

Katanya, sebelum ini, mereka menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala setiap dua hari sekali di hospital akibat mengalami simpton demam dan batuk manakala suaminya pula berhadapan situasi agak teruk dengan suhu badan tinggi selain tahap oksigen tidak menentu.

Terdahulu, Eina selesai menjalani pembedahan pada bahagian lehernya di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu.

Sebelum itu, dia mendedahkan pernah menjalani prosedur biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016 iaitu pengambilan sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.

Menerusi perkahwinannya dengan Kaiser yang juga ahli perniagaan, rumah tangga mereka dikurniakan sepasang kembar berusia lima tahun, Ariana Aubrey dan Karl Kareef.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: K! ONLINE astroawani ohbulan dbongkar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.