Pekebun Haram Dalang Roboh Jambatan Halang Operasi? PGA Diarah Ke Raub Kawal Keadaan

Susulan rusuhan yang melibatkan pekebun haram durian Musang King dengan pegawai penguat kuasa, kerajaan akan menghantar Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang bagi mengawal keadaan dan menjaga ketenteraman awam.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menggesa semua pihak terlibat untuk patuhi peraturan undang-undang yang sedia ada.

Pekebun Haram Dalang Roboh Jambatan Halang Operasi? PGA Diarah Ke Raub Kawal Keadaan

“Tentu sekali ada antara mereka yang tidak berpuas hati, namun mereka perlu menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Acryl Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu tugas pihak berkuasa.

Pekebun Haram Dalang Roboh Jambatan Halang Operasi? PGA Diarah Ke Raub Kawal Keadaan

“Isu mengenai pencerobohan adalah di bawah bidang kuasa dan urusan Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang.
“Pihak PGA di sana (Raub) adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga semasa menjalankan tugas,” ujarnya.

Pekebun Haram Dalang Roboh Jambatan Halang Operasi? PGA Diarah Ke Raub Kawal Keadaan

Terdahulu, media melaporkan operasi bagi memusnahkan kebun tersebut terpaksa dihentikan setelah 4 jambatan simen dirobohkan dipercayai dalang di sebalik kejadian ialah pekebun haram di kawasan Hutan Simpan Batu Talam itu.

Semalam, 18 pekebun ditahan reman selama 2 hari hingga hari ini oleh Mahkamah Majistret Raub selepas melakukan beberapa provokasi melampau ketika pegawai penguat kuasa menjalankan operasi pada Ahad.

Pekebun Haram Dalang Roboh Jambatan Halang Operasi? PGA Diarah Ke Raub Kawal Keadaan

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan,  sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan provokasi pekebun haram termasuk  membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

“Pegawai penyiasat jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegasnya.

Operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula 3 Julai sehingga 2 Ogos ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Tambah kenyataan itu, operasi berkenaan bertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara haram di samping anggota operasi akan membuat tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran.

“Barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan ke dalam kawasan HSK juga akan disita,” katanya.

Sumber: BH Online (Safeek Affendy Razali)

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.