Connect with us

#celeb

10 Tahun Menyimpan Dan Jual 4 Motosikal, Impian Achey Miliki Rumah 3 Tingkat Jadi Kenyataan!

Mohd Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali ramai dengan nama Achey, kini telah mencapai impiannya untuk memiliki sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut pelawak terkenal itu, dia bersama isterinya menggunakan duit simpanan untuk membeli rumah idaman itu dan akan berpindah selepas Hari Raya AidilAdha.

“Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah itu! Sekarang sedang proses ubahsuai dan tak lama lagi siaplah. Kemungkinan selepas raya haji kami sekeluarga akan pindah. Rumah itu dibeli hasil wang simpanan dan saya jual empat buah motosikal… bukan beli tunai, masih lagi hutang bank!

10 Tahun Menyimpan Dan Jual 4 Motosikal, Impian Achey Miliki Rumah 3 Tingkat Jadi Kenyataan!

Achey beli kediaman baharu untuk keselesaan keluarga.

“Berapa harga itu biarlah rahsia tapi biasa-biasa saja, lengkap dan selesa untuk keluarga kami,” katanya kepada pihak mStar.

Semasa di Shah Alam baru-baru ini, Achey ditemui berada di pelancaran produk wangiannya iaitu Sugar Bomb X Achey.

Terdahulu, Achey kongsikan gambar hiasan dalaman rumah impiannya sewaktu proses pengubahsuaian di akaun rasmi Instagramnya pada hari Khamis.

10 Tahun Menyimpan Dan Jual 4 Motosikal, Impian Achey Miliki Rumah 3 Tingkat Jadi Kenyataan!

Achey muat naik foto teaser keadaan rumah baharunya di Instagram.

“Tibalah masa saya bagi teaser gambar-gambar yang korang nak tahu sangat rumah baharu saya. 10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian,” coretnya di Caption gambar yang dimuatnaiknya.

Achey dan Nor Hasanah Yahya telah membina mahligai sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018 dan dinamakan Nur Tiara Zinnirah.

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya