1O Tahun Menunggu Zuriat, Azmi Saat Redha Ujian Dari Allah. Ini kata-kata Dari Pengacara Terkenal Sarimah Ibrahim

PETALING JAYA: Bayi sulung vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat dengan isterinya, Naziah Muhammad yang baru dilahirkan pada 27 September lalu telah pergi menghadap Ilahi.

Berita sedih tersebut dikongsikan Azmi melalui Instagramnya sebentar tadi.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.

Sebelum ini, Azmi sempat memuat naik perkembangan anak sulungnya itu yang tidak sihat beberapa hari selepas dilahirkan.

Melalui perkongsian tersebut, Azmi meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan bayi mereka yang lahir selepas 1O tahun penantian.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat, kami sedang diuji.

“Mungkin ada diantara kalian yang Allah makbulkan doanya.

“Tolong doakan moga Afnan Sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Sementara itu, perkongsian Azmi dilimpahi dengan doa dan kata-kata semangat warganet termasuk rakan artis yang terkesan dengan berita sedih itu.

Antara yang mendoakan ialah Wany Hasrita yang meninggalkan ucapan takziah di ruangan komen.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Salam takziah abang. Baby Afnan tunggu di syurga,” tulisnya.

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim yang terkesan dengan berita sedih itu turut menitipkan doa buat Azmi sekeluarga.

“Salam Takziah, Allahuakhbar. AlFatihah,” katanya.

“Awal-awal kami dah rasa tak sedap hati… dia tak bergerak” – Azmi Saat reda ujian Allah, harap arwah anak jadi syafaat masuk syurga

TEMPOH singkat untuk bergelar ibu bapa sudah pasti pengalaman yang cukup berharga bagi penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhamad.

Walaupun hanya tiga hari, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun meninggal dunia pada pukul 1.19 tengah hari khamis.

Ketika ditemui mStar, Azmi berkata sejak anak yang diberi nama Khairul Afnan dilahirkan secara pembedahan pada Isnin lalu, mereka sudah dimaklumkan tentang masalah dialami bayi tersebut.

“Doktor bagi kami pegang sekejap, lepas itu terus dipantau.

“Semakin lama keadaannya semakin menurun, dia tak bergerak dan perlukan bantuan alat pernafasan,” katanya kepada mStar.

Khairul Afnan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat kegagalan fungsi 0tak.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.