Berpantang maut sebelum ajal. Luar biasa keazaman untuk hidup nenek ni, memberi inspirasi kepada kita. Get well soon.

Ankara: Seorang nenek berusia 116 tahun di Turki, Ayse Karatay sembuh daripada ᴄᴏᴠɪᴅ-19 selepas sempat mengambil satu dos vaksin.

Wanita itu menjadi antara pesakit tertua di dunia yang berjaya melawan pandemik itu.

Anak lelaki Karatay, Ibrahim berkata, sebelum ini ibunya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Agensi berita tempatan, Demioren melaporkan wanita itu kini dipindahkan ke wad biasa namun masih menjalani beberapa rawatan.

“Ibu saya disahkan dijangkiti virus ini pada usia 116 tahun dan dirawat di ICU selama tiga minggu.

“Kesihatannya semakin pulih dan bertambah baik,” kata Ibrahim.

Ayse yang berasal dari Emirdag di wilayah Afyonkarahisar, Turki Barat dirawat di Hospital Bandar Eskisehir selepas jatuh sakit.

Selepas menjalani pemeriksaan, dia disahkan positif virus itu pada bulan lalu.

5 Pesakit Paling Tua ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Yang Pulih Sepenuhnya di Lima Negara

1. Wanita tidak dikenali, 103 tahun (Iran)

Dilaporkan pada 18 Mac 2020, seorang wanita Iran berusia 103 tahun didapati berjaya sembuh daripada jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19, selepas dikejarkan ke sebuah hospital yang terletak di Semnan, Iran dan menerima rawatan selama seminggu.

Wanita itu menjadi individu kedua berusia lebih 70 tahun yang dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19 berjaya sembuh di Iran, selepas seorang lelaki berusia 91 tahun turut sama pulih.

Iran merupakan antara negara paling teruk terjejas akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19, dengan kematian 3,000 lebih pesakit daripada 50,000 jumlah kes setakat artikel ini ditulis.

Kisah kejayaan wanita ini sembuh dilaporkan oleh pengarah Pengarah Universiti Sains Perubatan Semnan, menyifatkannya sebagai satu keajaiban – kerana wanita itu mempunyai tekanan darah tinggi serta penyakit lelah.

2. Mr. P, 101 tahun (Itali)


Datang dari daerah Rimini di Itali, jangkitan yang berlaku melibatkan warga tua yang hanya dikenali sebagai ‘Mr. P’ pada awalnya dijangkakan sukar ini.

Pandangan ini dibuat berdasarkan kepada peratusan tinggi kematian warga tua di Itali melebihi 86%, melibatkan pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 berusia lebih 70 tahun. Mr. P pula sudah berusia 101 tahun.

Situasi di RImini juga menggusarkan, kerana jumlah kes di bandar itu saja melebihi 1,100 kes ketika artikel ini ditulis. Sama seperti salah seorang pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dalam senarai ini, Mr. P yang lahir pada tahun 1918 lahir ke dunia semasa wabak influenza Sepanyol tersebar, mengorbankan jutaan orang.

Mr. P bertarung dengan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 selama lebih seminggu dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke wad. Mr. P dibenarkan pulang pada 27 Mac 2020.

3. Thomas Abraham, 93 tahun (India)


Dijangkiti serentak dengan isterinya yang sudah berusia 88 tahun, Thomas Abraham yang ‘baru’ berusia 93 tahun merupakan pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 tertua di India yang terselamat, setakat ini.

Apa yang lebih menggembirakan, kedua-dua pasangan ini sembuh selepas bertarung nyawa dengan jangkitan serta diletakkan dalam keadaan kritikal selama beberapa hari, ditempatkan di Hospital Perubatan Kottayam yang terletak di Kerala.

Jangkitan pasangan itu dikatakan berpunca daripada kepulangan salah seorang anak mereka dengan ahli keluarganya, yang tinggal di Itali pada bulan Mac.

4. Zhang Guanfen, 103 tahun (China)


Berasal dari Wuhan, nenek berusia 103 tahun ini menjadi individu paling tua di China disahkan sembuh daripada jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Ini dipercayai disebabkan oleh faktor kesihatannya yang baik serta tidak mempunyai kerosakan organ, walaupun pada usia sangat lanjut.

Guanfen disahkan menghidapi penyakit itu pada 1 Mac 2020 dan berada dalam keadaan tenat, sehingga langsung tidak mampu berkomunikasi dengan petugas yang menjaganya. Terpaksa dibantu disuapkan makanan dan minuman serta ditukarkan lampin pakai buang, tahap kesihatan Guanfen beransur-ansur pulih dalam masa segera.

Hanya selepas 6 hari jangkitan ditemui, Guanfen dibenarkan pulang selepas didapati tidak lagi mengalami jangkitan.

5. Bill Lapschies, 104 tahun (Amerika Syarikat)


Kisah warga tua berusia 104 tahun ini sangat mengharukan, kerana berbeza dengan nama dalam senarai ini – dia dan Mr. P dari Itali menjadi individu yang merasai dua wabak besar dunia sepanjang hayatnya.

Lahir pada tahun 1916, pada usia kecil dia merasai sendiri pengalaman melalui wabak demam influenza Sepanyol atau lebih terkenal dengan istilah ‘Spanish flu’ disebabkan oleh jangkitan virus H1N1 yang bermula pada tahun 1918 membunuh 50 ke 100 juta individu.

Terselamat, Lapschies membesar dan dikerah menyertai tentera, berkhidmat di sebuah pulau yang terletak di Alaska pada tahun 1943.

Lapschies disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 pada 11 Mac selepas mendapati simptom pertama wujud pada 5 Mac, menjadi invdividu kedua di rumah orang-orang tua yang didiaminya dijangkiti wabak itu. Malangnya, rakannya menghembuskan nafas terakhir tetapi nasib Lapschies lebih baik, selepas menjalankan kuarantin sendiri selama lebih 2 minggu.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.