#news
13 ditahan ‘curï-curï potong rambut’

BUTTERWORTH – Seramai 13 individu termasuk pemilik kedai gunting rambut ditahan selepas didapati berkumpul tanpa alasan yang kukuh di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, di sini tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas berada di premis tersebut untuk menggunting rambut.
Menurutnya, polis menerima maklumat orang awam berkenaan premis tersebut yang beroperasi secara sembunyi untuk perkhidmatan menggunting rambut sebelum serbuan dilakukan pada jam 3.30 petang tadi.
“Dalam serbuan polis itu, kita telah tahan 13 orang yang disyaki berhimpun tanpa alasan dan dari siasatan mendapati, mereka datang untuk gunting rambut secara tertutup. Kami difahamkan bahawa tuan punya kedai telah membuka perniagaan dan membenarkan pelanggan masuk ke dalam kedai untuk gunting rambut,” ujar Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor.
“Oleh itu, mereka didapati melanggar PKP selain pemilik premis yang membenarkan pelanggan datang untuk menggunting rambut,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini tadi.
“Kesemua mereka ditahan selepas didapati berkumpul tanpa alasan kukuh.
Katanya, serbuan dibuat hasil maklumat awam dan semua mereka disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta 342 kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Sabit kesalahan boleh didenda atau penjara 1 tahun atau kedua-dua sekali.
Norzainy berkata demikian ketika ditemui di premis berkenaan pada Isnin.
Dalam perkembangan sama katanya, seramai 20 orang ditahan hari ini sejak pagi tadi kerana pelbagai kesalahan melanggar PKP dalam operasi disekitar kawasan Butterworth.
-
#pop5 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop5 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen