Sarah dapat restu keluarga mertua, Demi kebahagian Anak dgn menantu , Akhirnya Ini persetujuan keluarga

Pelakon, Puteri Sarah Liyana akhirnya memfailkan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik. Malah Puteri Sarah juga menolak dakwaan bahawa tindakannya memfailkan cerai sebagai memberi ruang kepada madunya iaitu Ira Kazar untuk memiliki Syamsul Yusof sepenuhnya.

Pesanan Mama buat Puteri Sarah. Keputusan memfailkan cerai yang diambil oleh Puteri Sarah juga turut mendapat respon daripada ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patiman Ismail.

Tak dinafikan, pasangan suami isteri ini cukup sedih dengan keretakan rumah tangga anak lelaki dan menantu kesayangan mereka itu namun menerima dan menyokong segala keputusan Puteri Sarah.

Menerusi beberapa hantaran di IG Story, Datin Patimah memuat naik kata-kata semangat untuk menantunya supaya diberi kekuatan dan ketabahan menempuhi dugaan hidup dengan penuh keyakinan.

Dengar kata hati dan berhati-hati mengambil risiko. Ingat, awak sentiasa disayangi. Saya sangat bangga dengan awak.

Datin Patimah kemudian memuat naik gambar menantu kesayangannya namun kapsyen ringkas yang ditulis olehnya buat Puteri Sarah sangat menyentuh hati. Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Sumber : ohbulan

Tak perlu masuk campur, doa yang baik sahaja untuk Puteri Sarah, Syamsul – Nadia Brian

KUALA LUMPUR: Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, turut menyentuh perasaan pelakon, Nadia Brian.

Sebagai rakan baik kepada Sarah, kata Nadia, dia tentunya bersimpati dengan apa yang berlaku, namun dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut dan keluarga mereka.

“Sebagai sahabat Sarah, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya. Untuk masuk campur, tidak. Tetapi, tidak dinafikan saya juga tumpang bersedih dengan apa yang terjadi.

“Bukan hanya saya, malah semua orang yang mengenali Sarah dan ada dengannya turut merasainya.

“Paling utama, kita semua kena doakan mereka dan berharap segala masalah dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Nadia berkata demikian semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem Eva di ibu negara, malam tadi.

Nadia juga menasihati Sarah supaya sentiasa menjaga kesihatan mental dan fizikal.

Sementara itu, ditanya sama ada timbul kebimbangan untuk dia kembali berkahwin, Nadia berkata, apa juga isu yang melanda pasangan berumah tangga seharusnya dijadikan iktibar kerana ujian hidup setiap manusia tidak sama.

“Setiap manusia ada ujian dan jalan cerita masing-masing. Apa yang baik, kita ambil sebagai contoh, manakala yang buruk dijadikan teladan.

“Saya tidak melihat pelbagai isu yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga sebagai alasan untuk takut berkahwin lagi,” katanya.

Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun membuat keputusan untuk berpisah pada 2 April 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *