Connect with us

#news

190 kes baharu dicatat, Malaysia jadi negara tertinggi dijangkiti Covid-19 di Asia Tenggara dengan jumlah 428 kes

Published

on

Jumlah kes yang disahkan positif COVID-19 meningkat lebih 200 peratus dengan 190 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari semalam. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 428 kes. Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan  Covid-19 selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Catat tertinggi dalam kalangan Asia Tenggara

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari.


Beliau berkata, kebanyakan kes baharu yang dikenal pasti itu mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Sehingga kini, seramai sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Adham berkata, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah kini sedang menjejak jemaah tabligh dan individu-individu yang disyaki COVID-19, secara aktif bagi mengekang penularan wabak ini. Justeru, katanya, KKM menyeru peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.


Sebahagian besar sudah membuat saringan

Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.

Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.

Ekoran itu, beliau berharap orang ramai tidak menular atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh mencetus panik atau kebimbangan orang awam.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia, Harian Metro

Continue Reading

Trending

Shares