Connect with us

#news

2 Höspital Terima Sumbangän RM152,000 Dari Pasangan Warga Emas Ini

Pasangan Warga Emas Ini Sumbang RM152,000 kepada 2 Hospital Kerajaan

Ramai insan yang diihat tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan termasuklah keperluan buat para petugas kesihatan.

Sudah pastinya, insan-insan yang menghulurkan pelbagai segi bantuan ini sangat dikagumi dan dihargai masyarakat.

Di Thailand pula, pasagan suami isteri yang merupakan warga emas turut tidak ketinggalan untuk melepaskan peluang untuk berkongsi sedikit pendapatan mereka kepada insan yang memerlukan bantuan.

2 Hospital Terima Sumbangan RM152,000 Dari Pasangan Warga Emas Ini

Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Prachuap Wongpaiboonsri dan isteri Yenjai Wongpaiboonsri telah menyumbangkan wang simpanan mereka sebanyak 1.15 million Thai Baht iaitu bersamaan dengan RM152,000.

2 Hospital Terima Sumbangan RM152,000 Dari Pasangan Warga Emas Ini

Pasasangan yang berusia dalam lingkuangan 80 tahun tersebut telah mendermakan sejumlah wang itu kepada dua buah hospital di negara Thailand.

Kedua-dua suami isteri ini memiliki gerai mee itik yang dikenali dalam kalangan orang tempatan.

Mereka juga menyatakan bahawa, sejumlah wang tersebut tidak mereka perlukan kerana usia mereka yang sudah lanjut dan bakal meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga terhutang budi dengan salah satu pihak hospital kerana pernah membantu menyelesaikan bayaran perkhidmatan perubatan.

Ini adalah salah satu cara suami isteri ini untuk membalas budi pihak hospital berkenaan.

2 Hospital Terima Sumbangan RM152,000 Dari Pasangan Warga Emas Ini

Sementara itu, BADAN bukan kerajaan kemanusiaan, Malaysian Relief Agency (MRA) yang diberi kebenaran bertugas khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengagihkan sumbangan berjumlah RM1.5 juta berbentuk bantuan perubatan dan barangan keperluan kepada golongan asnaf.

Presidennya Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, agihan itu digerakkan ke seluruh negara melalui 10 cawangan MRA negeri.

“Bantuan ini dibahagikan kepada dua kumpulan sasaran iaitu bantuan perubatan khususnya kepada klinik, hospital dan kumpulan petugas perubatan yang menjadi barisan hadapan dan yang kedua kepada golongan asnaf sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi melindungi keselamatan petugas perubatan supaya dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, MRA menyumbang 115,950 penutup muka dan hidung, 12,320 pelindung muka.

Selain itu, 1,630 sut pakaian Alat Keselamatan Diri juga disediakan, 1,400 penutup kepala, 140 liter cecair disinfektan dan 15 unit pengesan suhu kepada klinik dan hospital yang memerlukan.

“MRA juga menyediakan 11,123 pek sarapan pagi dan tengah hari kepada petugas manakala 1,540 pek makanan tenaga bagi keperluan mereka sepanjang PKP.

“Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan tugas di samping mendatangkan keceriaan kepada barisan hadapan kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, inisiatif kerjasama MRA dan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA menyumbang alatan perubatan iaitu dua alat monitor pesakit dan dua mesin pam infusi bernilai RM37,600 kepada Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, semalam.

“Selain itu, MRA melahirkan rasa sedih atas penderitaan golongan asnaf yang terputus bekalan makanan sepanjang PKP dilaksanakan dan atas dasar keprihatinan yang tinggi, satu skuad khas ditubuhkan untuk menyantuni golongan ini.

“Sejumlah 5,000 pek makanan asasi dan 140 set keperluan bayi seperti susu formula dan lampin pakai buang bernilai RM310,000 diedarkan ke seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dan daerah.

“Nilai ini bertambah dari semasa ke semasa kerana permintaan tinggi daripada golongan asnaf,” katanya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya