”Ada Yang Nak Cuba Ke?” – Erra Sedia Terima Jodoh Bukan Melayu

Sejak dulu lagi, Erra Fazira mengakui hatinya tidak pernah menyekat sekiranya jodoh yang hadir bukan dalam kalangan lelaki Melayu.

Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara tersebut, hubungan yang terjalin dengan seseorang bukan Muslim membuka ruang untuk mereka mendalami agama Islam dengan lebih dekat.

”Ada Yang Nak Cuba Ke?” - Erra Sedia Terima Jodoh Bukan Melayu

” Saya tak ada masalah untuk berkawan atau berkahwin dengan bangsa lain.

” Saya sentiasa alu-alukan walaupun jika jodoh yang datang bukan dalam kalangan Melayu.

” Saya anggap sesiapa pun bukan Muslim yang mahu mendekati saya adalah kerana mereka mahu mendalami agama Islam,” katanya.

Selain itu, kata Erra lagi, berkemungkinan juga kalangan berlainan bangsa mendekatinya kerana berminat untuk mendalami budaya berbeza.

”Ada Yang Nak Cuba Ke?” - Erra Sedia Terima Jodoh Bukan Melayu

” Ya, mungkin juga orang yang mendekati saya kerana mahu mendalami budaya kita,” katanya lagi.

Demikian luah Erra ketika majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Kongsi Raya di sebuah kompleks beli belah di Kuala Lumpur semalam.

Naskhah itu mengisahkan kisah cinta berlainan bangsa antara Melayu dan Cina yang ditentang oleh ibu bapa masing-masing.

Filem arahan Teddy Chin itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bersempena dengan Tahun Baru Cina pada 3 Februari ini.

Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek itu mendedahkan, sebelum ini memang pernah bercinta dengan lelaki bukan Melayu.

” Berkenalan itu ada tapi tidak sampai ke fasa berkahwin,” katanya.

Sementara itu, mengulas pembabitannya dalam filem arahan Teddy Chin, Erra berkata dia menerima tawaran itu kerana ingin mendapatkan pengalaman berlakon di bawah produksi bukan Melayu.

Menurut Erra, 47, dia kagum dengan disiplin diterapkan dalam produksi itu berhubung jadual kerja.

” Saya kagum sangat dengan disiplin mereka. Ini pertama kali saya bekerja di bawah produksi orang Cina, sebelum ini dah pernah bekerja bawah produksi orang India.

” Waktu penggambaran akan habis tepat pada masanya, kalaulah produksi kita pun begitu, pasti industri akan lebih meriah.

” Selain tu, cara Chan mengarah juga berbeza, saya rasa mungkin kita boleh ciduk sedikit cara mereka dan mereka pun boleh ambil perkara yang positif dari kita,” katanya.

Berkongsi tentang wataknya sebagai Sarah dalam Kongsi Raya, Erra mengakui terbuka untuk membawa watak seorang ibu kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu.

” Saya pernah bawa watak ibu sebelum ni. Tapi untuk filem ini yang pertama. Dan apa-apa watak pun akan ada banyak cabang.

” Kali ini saya bawa watak ibu yang moden selain pengarah cuba sampaikan mesej secara berhibur, berlawak dan bersahaja,” katanya.

Sumber: mk1ni

Check Also

Beza Jarak Usia 18 Tahun, Wanita Akhirnya Berjodoh Dengan Suami Walau Banyak Kali ‘Rejectt’

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang Walaupun kita lihat ramai yang bertemu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.