Connect with us

#news

222 pesakit C0vid-19 sembuh hari ini, lebih tinggi dari kes baharu

Published

on

pesakit sembuh meningkat

Meskipun jumlah kes C0VID-19 di Malaysia sudah melepasi angka 4,000 namun berita baiknya ialah bilangan pesak1t yang sembuh juga semakin menggalakkan dengan tertinggi 236 orang dicatat pada Isnin (6 April) lepas.

Sehingga pukul 12 tengahari Jumaat 10 April, seramai 222 orang lagi pesak1t C0VID-19 sembuh dan discaj, menjadikan jumlah pesak1t yang pulih seramai 1,830 orang, iaitu 42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata statistik terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang sembuh meningkat kepada 1,830 kes atau 42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Jumaat adalah hari ketiga berturut-turut jumlah pesak1t sembuh mengatasi jumlah kes baharu.

Pada Khamis 9 April, seramai 121 orang pesak1t C0VID-19 dibenarkan pulang berbanding kes baharu sebanyak 109. Jumlah pesak1t sembuh pada Rabu 8 April ialah 166 orang berbanding 156 kes baharu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut memaklumkan Malaysia merekodkan tiga lagi kemat1an berkaitan C0VID-19, menjadikan jumlah kumulatif kemat1an meningkat kepada 70 kes atau 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan

Jelasnya, ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga emas dan rakyat Malaysia disahkan men1nggal dunia pada Jumaat.

“Kes kemat1an ke-68 (kes ke-694) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyak1t kencing manis.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif C0VID-19 daripada kluster Seri Petaling (kes ke-159). Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 8.21 pagi.

“Kes kemat1an ke-69 (kes ke-4229) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

“Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020 dan disahkan men1nggal dunia pada 10 April 2020 jam 4.00 pagi.

“Kes kemat1an ke-70 (kes ke-4230) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif C0VID-19 (kes ke-1684). Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac 2020 dan disahkan men1nggal dunia pada 10 April 2020 jam 2.38 pagi,” katanya.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

Continue Reading

Trending

Shares