“24 Ahli Keluarga Positif, 2 Terkorban Dalam Sekelip Mata” – Zizan Razak Trauma

Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, 37, menghadapi trauma apabila 24 ahli keluarga dan saudara-mara disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19, baru-baru ini. Lebih menyedihkan lagi, katanya, ᴄᴏᴠɪᴅ-19 juga mengorbankan 2 anggota keluarga yang berada di Dungun, Terengganu itu. Zizan mengatakan bahawa dia cukup terkesan apabila 24 ahli keluarga yang terdiri daripada ibu saudara, sepupu dan saudara-mara dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19 serentak pada masa yang sama.

“ᴄᴏᴠɪᴅ-19 bukan perkara jenaka dan main-main. Menambahkan kerisauan dan kegelisahan apabila berdepan pengalaman makcik dengan 4 orang sepupu yang rapat disahkan positif.

“Yang lebih menakutkan, bapa mentua ibu saudara dan pembantu rumah menjadi mangsa korban dalam sekelip mata setelah dijangkiti.

“Saya dan ibu, Anai Ibrahim tinggal di Kuala Lumpur jadi ngeri dan takut untuk keluar tinggalkan rumah. Pelbagai kisah, pengalaman dan contoh ahli keluarga yang positif meningkatkan banyak kesedaran, setiap langkah harus berwaspada dan tetap menjaga prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah jangkitan,” katanya kepada BH Online.

Pemenang 3 kali trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu mengatakan bahawa pada mulanya, dia masih keluar untuk bekerja, tetapi, sekarang memilih untuk bekerja dari rumah.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai keberanian untuk keluar bekerja dengan jumlah harian positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 lebih dari 20,000.

“Saya boleh memohon surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas dasar kerja, tetapi, saya harus memikirkan nyawa dan keselamatan ibu yang tinggal sebumbung dengan saya.

“Lagi pun, kerisauan saya lebih tinggi dengan pengalaman saudara mara dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Ia juga menyebabkan hati saya tidak seronok bekerja di luar,” katanya.

Mengulas impak pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19, pelakon filem Abang Long Fadil dan Polis EVO itu berkata, kesannya tetap ada apabila hampir tiga bulan tidak bekerja.

“Saya percaya semua artis dan penggiat seni terjejas. Banyak kerja penggambaran tertangguh dan terhenti.

“Saya tidak melakukan apa-apa kerja pada ketika ini. Cuma, beberapa bisnes masih berjalan.

“Namun, saya redha dan hanya mampu berdoa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 berlalu dengan segera. Bagi saya, ini saat penuh getir, apatah lagi, kes makin meningkat.

“Kita dapat lihat seorang demi seorang menjadi korban pandemik, termasuklah rakan baik, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu,” katanya.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.