Alhamdullilah, Abang Viva Banjir Dapat Motor Besar. Pihak Kedai Tampil Beritahu Siapa Yang Hadiahkan.

Alor Gajah – ” Andai kata dapat diundurkan masa, tidak mahu jadi seperti ini kerana amanah dan kepercayaan diberikan orang ramai terlalu tinggi, saya khuatir tidak mampu untuk memikulnya,” itu kata Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.

Menurut Azwan, 29, hasratnya selama 10 hari turun membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang bukan untuk meminta balasan ataupun penghargaan, sebaliknya melakukannya atas dasar ikhlas mahu membantu mereka yang ditimpa musibah.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, keputusan pergi membantu mangsa banjir dibuat secara spontan dan selepas meminta kebenaran orang tuanya, dia terus bertolak dari Melaka menuju ke Puchong.

Alhamdullilah, Abang Viva Banjir Dapat Motor Besar. Pihak Kedai Tampil Beritahu Siapa Yang Hadiahkan.
” Apabila terbaca ramai mangsa banjir terkandas, terus terdetik kenapa saya yang memiliki bot tidak turun membantu menyelamatkan nyawa dan dari situ saya mengambil keputusan untuk pergi membantu apa yang termampu.

” Rancangan asal saya hanya untuk ke Puchong untuk sehari sahaja tetapi apabila melihat keadaan yang teruk, saya kemudian ubah fikiran untuk meneruskan misi menyelamat dan membantu lebih ramai lagi dan Alhamdulillah urusan cuti juga dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pengkalan Indah, di sini.

Menurutnya, sumbangan bot kecil miliknya tidaklah seberapa berbanding individu lain yang turut sama membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

” Kalau difikirkan semula, sumbangan saya tidaklah seberapa berbanding dengan orang lain. Ada yang saya kenal sanggup datang dari Pulau Pinang dan sewa lori untuk membawa bot nelayan bagi membantu mangsa banjir.

Ada Individu Hadiahkan Motor

Alhamdullilah, Abang Viva Banjir Dapat Motor Besar. Pihak Kedai Tampil Beritahu Siapa Yang Hadiahkan.

Sejak Abang Viva Viral mula dikenali ramai, ada beberapa pihak telah menghubunginya untuk memberikan hadiah sebagai menghargai pengorbanan beliau membantu mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

Terbaharu, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana Abang Viva Viral telah selamat menerima sebuah motosikal Yamaha XJ6S bersama beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Menurut portal Motomalaya, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal itu kepada Abang Viva Viral atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Alhamdullilah, Abang Viva Banjir Dapat Motor Besar. Pihak Kedai Tampil Beritahu Siapa Yang Hadiahkan.
Rata-rata ramai mengucapkan tahniah kepada Azwan kerana beliau layak menerima hadiah terbabit dan mendoakan kebaikkan buat individu misteri yang sudi memberikan hadiah penghargaan kepada hero negara ini pada hantaran Facebook tersebut.

Ketika dihubungi, dimaklumkan oleh pihak ICITY Motorworld bahawa motosikal tersebut telah dibeli oleh seseorang untuk tujuan menghadiahkan kepada saudara Azwan.

Kredit : BH/Malaya/FB

Check Also

Terbaring Akibat Serangan J4ntung, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ini Lokasi Dia Ditemui. Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 8 malam Rabu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.