Kantoi Berhibur, aktiviti pelacuran dan pengambilan dadah, Empat Anggota Polis Ditukar Bertugas Di Bahagian Lain

Sepang: Empat anggota polis yang ditahan dan ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang, Selangor pada 11 September lalu telah dipindahkan untuk bertugas di bahagian lain. Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ia adalah prosedur biasa dan pertukaran itu dilakukan sementara pihaknya sedang menunggu laporan penuh siasatan kes mengenai penyalahgunaan dadah yang melibatkan mereka.

“Anggota terbabit turut dikenakan tindakan tatatertib selain kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kita akan ambil tindakan selepas menerima keputusan laporan daripada pakar,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan pematuhan SOP Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Pada 12 September lalu, dilaporkan, empat anggota polis yang bertugas di Selangor antara 35 individu ditahan pada serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan jam 2 pagi itu dilakukan pihaknya hasil laporan berlakunya aktiviti hiburan, pelacuran dan pengambilan dadah.

Ujian awal saringan air kencing mendapati, 19 individu, termasuk empat anggota berkenaan, positif dadah.

Dalam perkembangan lain, Arjunaidi turut menafikan dakwaan seorang wanita yang mendakwa terdapat kesan bengkak pada badan suaminya yang mati di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Banting Isnin lalu.

Menurut Arjunaidi, pihaknya sudah membuat pemeriksaan dan pihak berkaitan akan mengeluarkan laporan tentang perkara itu.

“Kami juga sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.