Nynaa bagi Tujuh ‘syarat’ pelik kalau nak jumpa, buat suami bingung dan hairan.

KUALA LUMPUR : Seperti kisah dongeng Puteri Gunung Ledang, suami pelakon, Nynaa Harizal, 25, Mohamed Fahmi Ilyas hairan mengapa isterinya telah membuat 7 syarat ketat kalau mahu bertemu dengannya untuk berkomunikasi mengenai urusan perceraian mereka.

Menurut Fahmi, Nynaa memberi syarat tersebut pada tarikh 12 November lalu pada jam 6 petang ketika menghubunginya, namun rasa aneh timbul apabila hasrat Nynaa untuk bertemu kelihatan terlalu rumit dan ketat.

“Memang benar dia ada hubungi saya pada tarikh tersebut seperti yang dikatakan dalam kenyataannya semalam.

“Sepanjang 30 saat hubungi,saya gembira dengar suara dia namun macam tak sedap hati.

“Ia kerana dia memberikan tujuh syarat jika mahu berjumpa dengannya bagi membincangkan masalah kami.

“Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru.

“Kedua, saya kena datang seorang diri.

“Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan.

“Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media.

“Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat? Lagipun kita suami isteri,” kata Fahmi.

Perkara itu didedahkan Fahmi ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Menara Bank Rakyat, di ibu kota hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi menyatakan beliau secara peribadi yakin dan percaya apa yang terjadi bukanlah perancangan daripada isterinya sebaliknya ada pihak yang mengawalnya memandangkan sebagai suami dan isteri, sebarang musyawarah, perbincangan dan keputusan boleh dilaksanakan tanpa ada sebarang halangan.

Tambah Fahmi lagi, ia termasuk merujuk kepada hasrat Nynaa untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah di mana-mana lokasi tanpa ada syarat tertentu.

“Boleh saja jumpa di mana-mana tempat lain, di Kuala Lumpur pun boleh.

“Kenapa nak kena di Johor Bharu juga? Bila ditanya, katanya dia tidak dibenarkan keluar dari Johor Bharu tapi tak boleh beritahu siapa.

“Masalahnya, siapa yang tak benarkan?

“Banyak tanda tanya dari pihak saya. Dia menuntut untuk bercerai secara baik tetapi apa yang berlaku ini bagaikan satu manipulasi.

“Mana tidaknya, nak jumpa berbincang dengan baik pun wujud syarat-syarat pelik?” katanya.

Sementara itu, Fahmi juga tidak menolak berkemungkinan kemelut dan krisis ini terjadi melibatkan faktor kewangan tetapi mengakui tidak dapat menjelaskan secara terperinci mengenai perkara berkenaan.

“Mungkin juga faktor kewangan bersangkut paut. Tapi tak boleh cakap lebih-lebih sebab saya pun tak tahu apa sebab semua ini berlaku.

“Macam mana saya nak sahkan kalau kami semua tidak betul-betul duduk berbincang? Begitu juga jika nak bercerai.

“Jika ternyata memang benar Nynaa berhasrat untuk bercerai, perkara itu boleh diselesaikan dengan baik jika cara yang dilakukan ini pun tidak nampak
baik?

“Kalau nak cerai, saya boleh beri persetujuan jika dia sendiri berjumpa dengan saya dan selesaikan isu ini dengan tertib.

“Semua bukti perbualan sepanjang tempoh sebelum dan selepas kejadian saya ada simpan.

“Tapi tak dapat nak dedahkan sekarang atas nasihat peguam,” katanya.

Mohamed Fahmi, 29, dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini pada 3 November lalu, Fahmi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MFI Group mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentuanya ketika menjalani penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki minggu lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil menafikan dakwaan dan telahan suaminya yang memaklumkan dirinya telah dilarikan oleh keluarga sebelum beliau memfailkan permohonan cerai.

Selang seminggu kemudian, pada 11 November, Mohamed Fahmi membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan kembali ke pangkuannya setelah hampir 2 minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran sejak 2 November lalu.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia 3 bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu semalam memfailkan permohonan cerai kepada suaminya.

Nynaa hadir ke Mahmakah Rendah Syariah Johor Bahru bagi menghadiri sebutan permohonan perceraian yang dilakukannya melalai peguam syarie pada 10 November lalu.

Permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.