ISTANBUL – Buat pertama kali dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih semalam.
Memetik laporan media tempatan, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan.
Pada tahun 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk beribadah pada 24 Julai tahun 2020.
Bagaimanapun, larangan COVID-19 di Turki menyebabkan masjid itu tidak digunakan untuk mengelak risiko jangkitan.
Difahamkan, Hagia Sophia dibina pada 532 sebelum masihi dan dijadikan sebagai masjid pada tahun 1453 selepas penaklukan Istanbul.
Sebelum itu ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934 atau hampir 600 tahun ianya berfungsi sebagai masjid.
Pada tahun 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Hagia Sophia juga merupakan salah satu destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Sebelum ini, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada bulan Ramadan kerana kebanyakan penduduk telahpun divaksin dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.
Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid tersebut, yang telah diubah suai menjadi muzium pada tahun 1934.
Tinjauan di media sosial mendapati penduduk setempat tidak melepaskan peluang berkongsi rakaman video dan gambar suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri lautan manusia.
🕌 For the first time in 88 years, the tarawih prayer (special prayer just for #Ramadan) was held in the Hagia Sophia Mosque in Istanbul. #RamadanMubarak pic.twitter.com/4ECUr9G5Lh
— TurkeyBulletin (@TurkeyBulletin) April 1, 2022
Blessed to have been able make taraweeh prayers at Hagia Sophia. This is the first one in 88 years, not for me but the mosque.
Wasn’t a walk in the park, but I made it in. pic.twitter.com/42RXxb9w1y
— Khairul Asyraf (@__KhairulAsyraf) April 1, 2022
People are performing tarawih prayers in Hagia Sophia Mosque in Istanbul after 88 years pic.twitter.com/EQyvW7GTaV
— Ali Özkök (@Ozkok_A) April 1, 2022
Hagia Sophia iconic monument has served as a church for 916 years built in the year A.D. 532. It was turned into a mosque in 1453 to 1934 after the conquest of Istanbul, most recently as a museum for 86 years.
On #24July 2020, Hagia Sophia mosque reopened for worship on Friday. pic.twitter.com/EPIgPLCda0— Mohsin Ahmed (@mohsinstats) April 2, 2022