Rakan baik yang juga anak penjaga Wani turut meninggal dunia pada hari yang sama kerana ᴄᴏᴠɪᴅ-19.. Salam takziah & Al Fatihah.

Personaliti media sosial yang pernah tular mengenai kisah masalah berat badannya, Wani Comel dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 9 malam tadi (Rabu) dipercayai akibat jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Wani Meninggal Dunia Bersama Teman Rapat

Sebelum itu, difahamkan anak kepada pengendali sebuah akaun medial sosial popular yang juga penjaga Wani, Putri Nur Rabiatul Nabibah Binti Riduan terlebih dahulu dijemput ilahi pada jam 4.40 pagi hari yang sama.

Allahyarhamah yang merupakan teman rapat Wani juga meninggal akibat jangkitan wabak tersebut.

“Assalamualaikum. Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021

“Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan ᴄᴏᴠɪᴅ-19.. Allahuakbar Allahuakbar..

“Sayu hati saya 2 insan yang saya sayangi telah pergi dihari yang sama. Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah” tulis pengendali akaun Wani

Dapat Jangkitan Selepas Vaksin

Menerusi carian Murai.my, Wani telah pun mendapatkan suntikan vaksin keduanya pada 12 Ogos lalu sebelum disahkan mendapat jangkitan wabak ini tidak lama kemudian.

Terdahulu, Wani memaklumkan berita sedih mengenai pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd Saidan Ibrahim yang disahkan meninggal dunia pada 24 Julai lalu disebabkan serangan jantung.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nurul Airawani Nazira dan Allahyarhamah Putri Nur Rabiatul Nabibah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah

Sumber: Murai.my

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.