VIDEO | “Senyuman Yang Memenangi Hati Rakyat Malaysia” – Air Mata Dhabitah Buat Ramai Menangis Sama

Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sebentar tadi telah menarik perhatian ramai orang yang mengharapkan sebarang pingat yang boleh diperolehinya. Walau bagaimanapun, penerjun itu telah menamatkan saingan acara 3 meter papan anjal wanita individu akhir di tempat yang ke-empat.

Hal ini pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga walaupun gadis manis itu tidak mendapat pingat untuk sukan Olimpik keduanya.

Nangis Tersenyum Ketika Di Temu Bual

Menerusi temubual sejurus selesai acara, air mata atlet muda itu tumpah dan membuatkan ramai warganet turut sama sebak apabila dia meluahkan rasa gembira kerana bangga dengan pencapaian diri yang mampu bersaing dengan atlet luar.

Menerusi perkongsian cuplikan video dari pengguna Twitter, dapat dilihat Dhabitah menangis sambil tersenyum apabila ditemu bual oleh wartawan Malaysia.

Perit Getir Untuk Ke Olimpik Terbalas

Dalam temu bual itu, atlet berasal dari Kuala Lumpur berkenaan memberitahu yang dia hilang keyakinan diri sebelum berangkat ke Olimpik.

Namun, setelah dapat melaksanakan terjunan dengan begitu baik dalam acara yang disertai, dia berasa sangat bangga dengan pencapaian diri berikutan perit getirnya selama menjalani persiapan ke Olimpik begitu terbalas.

“I nangis bukan sebab sedih tak menang, tapi sebab sangat bangga dengan diri saya…sebab semua ni sangat sukar. Saya hilang keyakinan sebelum Olimpik…semuanya. Sampai sebelum datang Olimpik pun saya macam tak pasti tentang diri sendiri.”

“Jadi, bila saya dapat perform..saya sangat bangga dengan apa yang telah saya lakukan..” kata Dhabitah.

Nama Trending Di Twitter

Justeru itu, namanya telah trending di Twitter dan rata-rata warganet memintanya jangan menangis kerana dia telah melakukan yang terbaik.

Dhabitah Tetap Menjadi Kebanggaan

Mereka juga sangat bangga dengan pencapaian atlet berusia 22 tahun ini kerana berada di kedudukan ke-4 dengan bersaing bersama atlet-atlet hebat dunia.

Anda No.4 Terbaik Dunia, Jangan Menangis

Semua Bangga Dengan Dhabitah

YB Syed Saddiq Tumpang Menangis Sekali

 

Dalam aksinya yang mengagumkan, ramai juga yang berpendapat bahawa atlet ini sentiasa positif ekoran senyuman sentiasa ‘melekat’ di wajahnya, walaupun ketika berenang.

Dia juga dikatakan sentiasa nampak tenang dan menikmati persembahannya pada hari ini.

Sumber: Twitter @delaylaaa_

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.