‘Biar Orang Buat Kita, Jangan Terasa Pulak’ – Aaron Aziz Sedar Diri Suam2 Kuku, Makan Atas Tong Sampah, Org Lain Ada Nama Disediakan Bilik

” Bro, serius lah?”

Itulah reaksi dari pelakon dan pengarah terkenal Afdlin Shauki, di ruangan komen setelah perkongsian aktor terkenal, Datuk Aaron Aziz di Instagramnya telah meraih perhatian pengguna media sosial.

Melalui hantaran tersebut, Aaron dilihat terpaksa menjamah makanan tengah hari dengan hanya beralaskan tong kitar semula yang dijadikan sebagai meja.

Dalam kejadian tersebut, Aaron melalui satu hantaran video pendek dilihat sedang makan bungkusan nasi beralaskan tong kitar semula berwarna kuning dan duduk bersila di lantai, dipercayai di laluan studio rakaman sebuah stesen televisyen.

Menurut Aaron, beliau tidak diberikan bilik persediaan seperti artis-artis yang lain ketika menghadiri satu program rancangan TV, sehingga memaksa beliau menjamah nasi bermejakan tong sampah.

Kejadian berkenaan bukan sahaja mendapat simpati daripada rakan artis, malah ramai peminat dan pengikutnya turut terkilan melihat video tersebut.

Walau bagaimanapun, Aaron memilih untuk bersangka baik mungkin mereka yang menguruskan kebajikan selebriti jemputan merupakan team baru dan telah terlepas pandang akan dirinya.

Bagaimanapun, ianya agak pelik jika pihak terbabit tidak mengetahui tentang pelakon yang diundang sedangkan Aaron Aziz merupakan salah seorang selebriti yang amat dikenali.

” Abang tak salahkan siapa-siapa. Mungkin pasukan baru. Yang lain ada nama dan bilik disediakan.

” Tak apalah, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang ya. Mustahil tak tahu abang dijemput,” katanya menerusi ruangan kapsyen bersama video ringkas tersebut.

Selain itu, Aaron turut menulis tanda pagar di ruangan yang sama antaranya berbunyi ‘hadapi dengan senyuman’, ‘Abang sedar abang suam-suam kuku’, ‘cuma bergurau’ dan ‘jangan terasa pula’.

Video itu dipercayai telah dirakam ketika Aaron terlibat dan dijemput bagi menjayakan sebuah sidang media secara maya di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Aaron tersebut, ada antara rakan-rakan selebriti turut meninggalkan komen di ruangan selain rata-ratanya tertanya-tanya mengapa aktor itu menerima layanan dan diperlakukan seperti itu.

Mereka berharap agar pihak pengurusan program akan lebih peka dengan kebajikan selebriti yang menjadi tetamu jemputan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

” Tak mungkin..abang Aaron kot. Tak akanlah tak kenal kot? Sedih!”tulis Raja Ilya.

” Tak patut,” tulis Nabila Huda.

Selain itu, antara rakan-rakan lain yang meninggalkan komen ialah pelakon Shah Iskandar, Shima Anuar, Salina Saibi, Sufie Rashid dan isteri Aaron sendiri, Diyana Halik.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tiada satu komen yang dibalas oleh pelakon yang popular dengan watak Malik dalam filem KL Gangster ini di ruangan tersebut, dipercayai kerana enggan memanjangkan isu.

Selain itu, Aaron juga menulis tanda pagar di ruangan yang sama dengan antaranya berbunyi ‘hadapi dengan senyuman’, ‘Abang sedar abang suam-suam kuku’, ‘cuma bergurau’ dan ‘jangan terasa pula’.

Video itu dipercayai telah dirakamkan ketika Aaron terlibat dan dijemput untuk menjayakan sebuah sidang media secara virtual di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Sekilas info Aaron Aziz

Bagi yang tidak tahu, Aaron Aziz yang juga artis kelahiran Singapura telah mendapat gelaran ‘Datuk’ setelah dikalungkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah pada 2017.

Sebelum memulakan kerjaya lakonannya di Malaysia, Aaron terlebih dahulu membina nama dalam bidang lakonan di negara kelahirannya, Singapura, di mana beliau menjayakan watak Shahril dalam siri drama Cinta Bollywood yang bersiaran di saluran Mediacorp Suria sebanyak dua musim antara 2001 dan 2002.

Selepas berpindah ke Malaysia, beliau mempunyai watak utama dalam siri drama Janji Diana (2006).

Pada 2007, beliau membintangi bersama Sharifah Amani menerusi drama Emil Emilda di mana beliau melakonkan watak sebagai Emil.

Aaron membuat penampilan filem cereka sulungnya menerusi filem sulung arahan Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift (2008)

Beliau berkahwin dengan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga anak—seorang anak lelaki Danish Anaqi dan dua anak perempuan Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Sejak 2012, beliau diiktiraf sebagai penduduk tetap Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Sumber:utusan dan wikipedia

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.