Shuk Sahar Sangsi Isteri Izin Kahwin Lagi, Akhirnya Ini Keputusan Shuk Mengenai Kahwin Lagi

TIDAK akan ambil kesempatan! Demikain reaksi pelawak dan pengacara Shuk Sahar apabila diajukan soalan tentang ‘green light’ yang diberikan isterinya untuk berkahwin lagi.

Ujar Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, dia perlu berfikir secara rasional dan menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan mengenai hal rumah tangganya.

“Apabila isteri izinkan tu, kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana. Kena ambil tahu konteks.

“Jadi saya tak akan ambil kesempatan, apabila isteri cakap begitu maka saya sendiri kena fikir daripada semua aspek, ” katanya kepada mStar.

Shuk berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera, 35, yang secara terbuka memberi izin kepadanya untuk berkahwin lagi.

Ujar Sera keputusan itu dibuat bagi mengelak berlaku sebarang perkara tidak diingini hingga menjejaskan nama keluarga.

Sementara itu bercerita tentang masalah rumah tangga yang dikatakan kembali bergolak, Sera berkata dia terbaca mesej perbualan antara Shuk dan seorang wanita yang dikenali di telefon bimbit suaminya.

“Mesej tu ada yang baru dan lama… lepas tu saya post di media sosial. Masa tu emosi terganggu dan dalam keadaan marah.

“Saya nampak mesej tu dalam telefon Shuk, ” katanya.

Video,

Berita semalam,

TAK SANGKA ROSSA SERA AKHIRNYA BERI LAMPU HIJAU SHUK SAHAR BERMADU, TAPI ADA SYARATNYA

KUALA LUMPUR: Nama pelawak dan pengacara k.ontroversi, Shuk Sahar, 35, sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan kec.urangan rumah tangga mereka dikatakan muncul semula.

Maklumat itu ditularkan oleh seorang pengguna di Twitter yang memuat naik tangkap layar perbualan dipercayai milik wanita bernama Fara Salleh dengan Shuk daripada isteri pelawak itu, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Dalam hantaran itu, Fara dikatakan begitu b.erang apabila Shuk seperti tidak mengendahkan kiriman mesejnya malah meng.ugut untuk mengambil n.yawa jika bekas penyampai radio itu tidak melayan.

Sementara itu, menerusi satu tangkap layar berlainan di Instagram milik Rossa, dia mend.edahkan kesanggupan dan terbuka menerima seorang wanita sebagai madunya.

“Dah cakap kalau nak bermadu kena terima keluarga saya dan anak-anak. Bukan h.ancurkan keluarga saya. Tolong berubah, bukan u.gut sana sini, saya dan anak-anak tiada s.alah.

“Daripada jadi benda tak baik nanti, s.alahkan saya pula buka a.ib. Kalau nak kahwin silakan. Suami saya bukan budak lagi. Rasanya dia orang pun dah berbincang tetapi itulah tak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak?,” coretnya di Instagram.

Beri Lampu Hijau Shuk Sahar Bermadu, Isteri Pesan Jangan Kacau Anak & Berhenti Hantar S4ntau

Sera juga mendedahkan yang dia pernah bagi syarat jika mahu hidup bermadu, iaitu mesti menerima keluarga dia dan anak-anak. Bukannya dengan cara mengvgut kerana anak-anak tidak salah

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera berkongsi sepotong video di Instagramnya memaparkan aksi seorang wanita berbaju merah jambu yang sedang mengamuk-ngamuk.

Dalam aksi berkenaan yang sedang cuba dipujuk oleh seorang lelaki, wanita yang tidak bertudung itu mengugut untuk mengoyakkan bajunya.

“Dia sendiri koyak dan pukul diri betul-betul,” kata lelaki bersuara serak-serak basah itu.

Pada kemas kini lewat malam tadi, Sera turut memuatnaik perbualan berbaur ugutan dan makian yang diterimanya dari seorang pengguna yang tidak didedahkan identiti.

Malah, individu berkenaan dipercayai cuba mengugut untuk mencederakan diri sendiri dengan berkongsi sekeping foto dari balkoni kediamannya dengan kata-kata berbunyi; “Meh aku bagi link kau tengok tinggi tak aku ke bawah.”

Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut memberi bayangan tentang kehidupan bermadu dan ugutan yang sering diterimanya dari wanita berkenaan.

“Dah cakap dah. Kalau nak bermadu kena terima keluarga saya dan anak-anak saya. Bukan hancurkan keluarga saya. Tolong berubah. Bukan ugut sana sini, saya dan anak-anak tak ada salah.

“Daripada benda jadi tak baik nanti salahkan saya pula buka aibla apa. Dah cakap kalau nak kahwin silakan.

“Rasanya dorang pun dah bincang, tapi itulah memang tak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak saya? Saya dah izinkan ya…

“Suami saya pun bukan budak lagi. Saya percaya dia pun ada alasan dia sendiri. Daripada masalah panjang. Tapi rasanya pihak keluarga di sana yang tak bagi,” tulisnya.

Tidak terhenti di situ, Sera mendedahkan dia pernah cuba dis4ntau dengan menunjukkan bukti beberapa bungkusan kuning berbalut yang diletakkan di kawasan rumahnya.

“Syirik! Siapa yang sanggup buat macam ni tolong bertaubat! Itu ja nak cakap!

“Untuk si pembuat yang buat macam ni, aku tak tuduh siapa-siapa. Semoga cepat bertaubat, jangan hantar syirik nak hantar santau sampai rumah bagai,” pesannya.

Bagaimanapun, beberapa video yang dikongsikan Sera di Instagramnya telah dipadamkan selang beberapa minit kemudian.

“Kalau terpadam story atau feed semua faham-faham ja. Bukan aku yang padam ya. Sekian,” katanya.

Tahun lalu, Shuk pernah terpalit kontroversi curang dengan seorang wanita hingga didakwa pernah hamil dan memaksa meng.gugurkan kandungan.

Shuk kemudiannya mengaku pernah mengenali wanita terbabit namun enggan mengungkit kisah yang pernah mengaitkan mereka sebelum ini.

Januari lalu, Sera tampil memberi bayangan seakan-akan suaminya masih mengulangi perbuatan sama.

Sementara itu, Rossa turut memuat naik entri mengenai persoalan mengapa suaminya tidak meninggalkan wanita tersebut. Katanya perkara itu akan dijawab tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menerusi satu video dimuat naik di Insta Story, Rossa turut mendakwa ada pihak cuba menghantar benda s.yirik kepadanya apabila empat bungkusan yang diikat dengan tali barwarna hijau kelihatan di kawasan rumahnya.

“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat ta.ubat dan jangan buat perkara s.yirik nak hantar s.antau di rumah orang,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula.

Abby Abadi Masuk Komen

Shuk akui meny.esal dengan kes.alahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

‘Awak Pernah Curang, Saya Tidak’ – Respon Balas Issey Bila Shuk Sahar Usik Status ‘Duda’!

Dalam episod lapan musim keempat I Can See Your Voice Malaysia yang bersiaran semalam, kumpulan R&B popular, Ruffedge telah tampil mencari siapakah penyanyi sebenar dalam kalangan 6 penyanyi misteri.

Shuk Sahar curang? Isteri didakwa tahu cerita sebenar – Sensasi | mStar

Seperti musim sebelum ini, artis undangan dibantu panel penyiasat iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.

Selain itu, Datin Seri Umie Aida & Issey Fazlisham turut hadir sebagai penyiasat jemputan.

DUA PERUBAHAN ISSEY

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah usikan pengacara, Shuk Sahar kepada Issey, mengenai status perkahwinannya sehingga viral di TikTok.

Shuk secara berseloroh memberitahu Issey sudah membuat perubahan daripada bergelar duda pada musim lalu dan kini sudah berkahwin.

Walau bagaimanapun, respon ‘padu’ Issey mengenai kisah kecurangan Shuk membuatkan pengacara itu terkedu! Setepek dia bagi!

Lagi satu? Awak pernah curang, saya tak pernah.

Terkejut mendengar jawapan balas tersebut, Shuk hanya mampu tersenyum diiringi gelak tawa tetamu yang lain.

‘NAK SANGAT CAKAP PASAL DUDA..’

Di ruangan, rata-rata daripada netizen terhibur dan menyifatkan Shuk ‘bergurau’ dengan orang yang salah.

Ada juga berpendapat Shuk layak mendapat respon sebegitu memandangkan dia terlebih dahulu mengusik Issey.

Sumber Mstar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …