Abang Ismail Sabri akan melancarkan parti baru. Beliau beritahu mengapa Ismail Sabri juga memiliki pemikiran yang sama

Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum dan mesra kerajaan pada 10 Oktober ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kamarazaman yang juga Presiden Penaja kepada Parti Kuasa Rakyat mengatakan bahawa objektif utama parti berkenaan adalah untuk memperjuangkan rakyat warga B40 dan M40 dari 3 aspek utama iaitu pendidikan percuma, penjagaan kesihatan percuma dan bantuan tempat tinggal bagi rakyat miskin tegar.

“Kami yakin dan percaya perdana menteri ini (Ismail Sabri) juga memiliki pemikiran untuk membela rakyat marhaen dari sejarah beliau duduk (memegang jawatan) di kementerian- kementerian itu (sebelum ini). Beliau agak jelas berpihak kepada rakyat, rakyat yang susah dan miskin,” katanya ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk menubuhkan parti mesra kerajaan.

Tambah Kamarazaman lagi, keprihatinan Ismail Sabri ke atas majoriti rakyat dapat dilihat menerusi sejarahnya memimpin beberapa kementerian di bawah portfolionya seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Jadi kami melihat bahawa tidak ada konflik pemikiran dari pendirian parti dengan apa yang beliau (Ismail Sabri) telah lakukan,” katanya.

Kamarazaman yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) pada 70- an, juga aktif memperjuangkan isu- isu rakyat, sehingga beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1974 kerana terlibat dalam Demonstrasi Baling di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Demonstrasi tunjuk perasaan tersebut membantah kejatuhan harga getah yang memberi kesan dan mempengaruhi ekonomi petani dan penoreh getah khususnya di Baling, Kedah yang menyaksikan penduduk di sana kebuluran.

Kamarazaman menyifatkan perjuangan partinya itu sebagai kesinambungan dari apa yang telah diperjuangkannya sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau melihat bahawa parti politik sedia ada tiada yang benar- benar terdiri daripada ahli yang berbilang kaum, selain dari PKR (Parti Keadilan Rakyat).

“Parti ini adalah parti yang dibentuk oleh sekumpulan ahli akademik, profesional, ahli perniagaan, aktivis sosial dan orang yang memikirkan untuk meneruskan perjuangan apa yang saya perjuangkan di kampus dahulu,” katanya.

Namun, ketika ditanya adakah partinya akan meletakkan calon dalam pilihan raya akan datang, katanya bahawa perkara berkenaan bukanlah menjadi matlamat dan tujuan sebenar perjuangannya.

“Kami tidak memikirkan pilihan raya. Kami berfikir untuk mewujudkan sebuah parti yang memperjuangkan hak- hak orang miskin.

“Soal pilihan raya tu bukan tujuan kami. Matlamat kami adalah berjuang untuk rakyat miskin,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.