Connect with us

#celeb

Abby Abadi Anggap ‘Tak Pelik’ Jumpa Lipas Dalam Peti Ais Dekat Resort

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang pengunjung resort milik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa kotor dan tidak selamat untuk didiami.

Individu itu mendakwa menerima ugut4n selepas mengkrit1k tempat penginapan Sugeh Hill Resort.

Aliff bagaimanapun tidak boleh menerima kritik4n buruk itu dan meminta supaya pengunjung tersebut menarik balik status dan video di laman sosial atau berdepan dengan tind4kan und4ng-und4ng.

Tidak hanya berdiam diri, Aliff dilihat memuat naik rakaman litar tertutup CCTV memaparkan kelakuan pengunjung itu yang tidak menjaga etik4.

Malah, Aliff turut menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku serta menjawab dakw4an pengunjung itu.

Bekas pembantu peribadi juga mengec5m Aliff yang sepatutnya memohon maaf dan memperbaiki mutu perkhidmatan di resort tersebut serta tidak berterusan mencari kesalahan pengunjung.

Perkara itu turut mendapat reaksi daripada pelakon Abby Abadi yang berkongsikan video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri.

Bagaimanapun, netizen mendakwa pelakon itu seolah menyokong usahawan berkenaan.

Abby turut mempertik4ikan pengunjung berkenaan yang menul4rkan isu itu hingga kelihatan seperti nak menjatuhkan perniagaan orang.

Abby Abadi Anggap ‘Tak Pelik’ Jumpa Lipas Dalam Peti Ais Dekat Resort

Turut mengulas mengenai dakwaan pengunjung itu yang terjumpa lipas dalam peti ais, Abby berkata peti ais rumah sendiri pun kadang-kadang ada lipas dan ia bukan sesuatu yang pelik.

“Kami pun selalu ‘check in’ hotel sana sini dan kalau ada yang tidak kena, kami terus beritahu pada pihak pengurusan.

“Kadang-kadang dapat bilik yang siapa ada anak-anai. Duduk juga sebab tidak ada pilihan lain. Tiada pula kami beri komen hingga nak menjatuhkan perniagaan orang lain,” katanya.

Abby bagaimana turut memberitahu yang tindakannya itu tidak bermaksud dia menyebelahi mana-mana pihak dan hanya berkongsikan pengalamannya sebelum ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya