Connect with us

#vvip

Ada orang cakap janda 40 an ramai anak tak de orang nak. Sedih betul.

Assalamualaikum teman2. Aku ingin meluahkan perasaan tangisan hatiku..

Aku cemburu melihat suami isteri orang. Kawan kawan yg janda semua dah dapat jodoh. Aku dah 6tahun belum dapat jodoh lelaki yg aku jumpa semua penipu.

Ada orang cakap janda 40an ramai anak tak de orang nak. Sedih betul . Dulu bekas suami cakap takde orang yg nak aku dah. Ada yg dtng meminang aku tak nk pulak usia jauh berbeza umur 60 an semuanya tua2.

Bukannya apa aku pun ada cite rasa dan sedap mata memandang. Tapi aku malu pada pandangan orang seolah aku ni janda tak laku.

Aku dah stabil pekarjaan sendiri..hidup seperti orang lain dapat menjaga 5 cahaya mata. Jadual harian padat. Tapi bila teringat apa kata bekas suami buat aku jadi malu sbb tak kawen lagi.

Bekas suami dah lama kawen dengan kekasih dia selepas aku habis eddah. Sudah lah dia ambik suami aku dua makluk ini menghina aku. Seolah perpisahan ini semua salah aku.

Aku teringat selepas bercerai aku dihantar dirumah orang tuaku dikampun. Perasaan aku terlalu pedih ketika itu.

Mana tidaknya baju aku yg tertinggal dirumah dulu bersama bekas suami dibungkus dengan plastik hitam dia hantar bungkusan plastik hitam dihalaman rumah orang tuaku.

Aku mengintai melalui tingkap bercermin gelap. Air mata mengalir tanpa ku sedari. Dia pandai berlakun semua perceraian ini punca dariku. Memang punca dariku.(yess .sapa yg sanggup dapat laki curang) Dia mereka cerita tentang keburukan ku sehingga keluarga mertua …dan keluarga ku percaya demi menutup kesalahannya.

Aku bercerai sampai talak tiga. Masa tu aku rasa beban yg ada dibadan ku sudah hilang.
Semenjak 5 tahun sebelum bercerai memang kasih aku pada bekas suami semakin pudar.

Dia selalu mencari kesalahan diri ku. Pada hal aku mengurus rumah tangga setiap hari makan pakai suami dan anak anak. Menjaga ke 5 anak. SSemua menyusu badan.

Tak pernah sorang pun menyusu botol. Pagi aku berniaga nasi lemak. Petang pula aku menjahit baju sampai mlm. Anak sekolah pagi dan petang.

Semuanya aku hantar dan ambik. Dia kerja bila balik ada je salah aku. Dia tak fikir betapa aku penat menguruskan semua. Aku selalu kena marah sebab tak puas hati kerja rumah ku.

Anak anak masih kecil 5 orang tu lahir jarak nya tak jauh. Biasalah ank semakin membesar bila main berselerak. Sebelum dia balik aku bersilat mengemas kan rumah.

Tapi ada saja salah yg dia cari….aku terlalu sedih. Tapi aku tak pernah cerita hal keburukan suami pada orang. Akhirnya aku tertekan semua yg aku korban tidak dihargai.

Kalau dia membebel 1 jam dah tentu. Bila aku menjerit sbb tekanan baru dia diam. Tapi dia akan sambung lagi diwaktu lain. Rasa sesak nafas bila dia membebel.

Korang nak tahu tak ? Aku jadi kemurungan sebab aku pendam sudah berbelas tahun. Aku berjumpa doktor psikolagi. Aku beritahu kenapa aku jadi begini.

Aku dah tak tahan dia tak pernah pukul aku. Tapi dia dera mental aku. Aku dah tak tahan lagi. Tambah pula aku dapat tahu dia berkawan dengan bini orang.

Aku hilang kawalan. Aku mau tikam suami dengan pisau aku mengamuk separa sedar. Tak sedar rupanya jiran talifon polis dan ambulan. Aku dibawa ke hospital. Aku di suntik ubat penenang hingga aku tertidur.

Bila aku sedar jururawat dan doktor sekelilingku. Aku dikawal ketat tali yg mengikat kaki tangan sudah disedia. Bila aku hendak ketandas diiringi juru rawat kerana mereka takut aku mencederakan diri.

Setelah beberapa hari aku pun di benar pulang. Aku ingin pelukan terakhir dari suami. Tapi talak dilafaz kan.

Kini sudah 6 tahun kami berpisah. Aku mula bangkit dari kesedihan. Aku sudah punya kerjaya. Ada rumah dan kereta. Anak 2 ayah ibu dan adik beradik yg mengambil berat tentang diriku.

Yang hati aku puas sekali rumah yg aku duduk bersama suami sudah dijual untuk mendapatkan harta sepencarian alhamdulillah.

Bekas suami dan isteri baru terpaksa keluar mencari rumah sewa. Hanya setakat ini luahan batin ku.

Semoga ada sinar kembali dalam hidupku.

Continue Reading

Trending