Connect with us

#viral

Wujud Pihak Tidak Benarkan Ebit Lew Bantu Hantar Pelajar Pulang Ke Kampung. Ebit Lew Jelaskan Sebab Dia Dihalang

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menyewa beberapa bas untuk membantu membawa pulang penuntut yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Terkini menerusi perkongsian di Facebook (FB) rasminya, Ebit telah menyewa bas bagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pulang ke Pantai Timur.

“Ramai pelajar mesej saya daripada pelbagai universiti disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online.

“Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua. Merekalah pemimpin masa depan,” katanya dalam hantaran FB dimuat naik semalam.

Malah, Ebit terpanggil menggalas tanggungjawab tersebut kerana menganggap penuntut seperti anaknya sendiri.

“Saya tolong sewakan bas bagi free (percuma) untuk mereka. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI,” katanya yang turut memuat naik gambarnya mengurus kepulangan penuntut.

Beliau turut memaklumkan sedang mengatur beberapa lagi bas sewa untuk menghantar penuntut lPT lain pulang ke kampung masing-masing, antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

“Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti,” katanya.

Pihak Universiti Tidak Benar Ebit Lew Dan Ini Sebabnya

Kenyataan ini dipetik dari facebook page Ebit Lew.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas yang saya telah siapkan untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari.

Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.
Saya minta maaf saya salah.

Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

Terdahulu, Ebit dalam akaun Instagram turut memohon penuntut terkandas untuk menghubunginya segera susulan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka berikutan peningkatan kes Cov19.

Sumber : HMETRO ONLINE / FB EBIT LEW

Continue Reading

Trending