Connect with us

#celeb

“Ada Sebab Kenapa Saya Pilih Nama Itu Selepas Azura” – Nama Anak Jamal Abdillah Dipertikai

Penyanyi dan pelakon veteran 90-an, Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah kongsikan dengan peminat nama anak yang bakal dilahirkan sebagai El Isaac Yamani.

“Saya memang pilih ejaan, Isaac itu tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi. Pun begitu, banyak juga pendapat dilontarkan kepada saya.

“Apabila saya pilih nama El Isaac ini, ada yang kata El itu dari perkataan Y4hudi, manakala Isaac (Ishak) dari Kr1stian.

“Kenapa saya pilih nama itu,  kerana panggilan hari-hari nanti adalah ‘Zack’ sempena watak pernah saya lakonkan dalam filem Azura,” ujarnya kepada pihak Harian Metro.

Namun, ada segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihan nama itu.

“Sebutannya sahaja yang lain.  Macam Isaac, nama ini ramai yang sedia maklum sebenarnya untuk Nabi Ishak, tapi orang barat sebut sebagai Isaac. Begitu juga dengan nama lain seperti Daud yang jadi David, Yusuf (Joseph), Mariam (Merry) dan banyak lagi.

“Apa yang pasti, niat sebenar saya untuk pilih nama Nabi Ishak ini biarlah hanya Allah yang tahu. Tak perlu saya perjelaskan panjang lebar.

“Tujuan utama saya ialah nak cari nama yang sesuai dengan panggilan Zack. Malah, saya dapati nama Isaac itu lebih dekat dan kena dengan panggilan Zack,” tambahnya.

Usia kandungan isteri tercinta iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 25 sudahpun mencecah 26 minggu. Sebelum itu, Jamal dan isteri dikurniakan anak perempuan diberi nama Nur Azura Yamani yang lahir pada tanggal 10 Oktober 2019.

Semoga isteri Datuk Jamal Abdillah dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk melahirkan zuriat kedua mereka, In Shaa Allah.

Sumber: ForumCari

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya