Adik ipar aku ni datang duduk rumah aku dari Kedah. Aku dah basuh sejadah dalam bilik tetamu & sengaja tak letak dalam bilik tu. Bila dia nak solat, dia main ambik je sejadah dalam bakul tu tanpa minta i’zin dari aku. Adab mana adab…

Assalamualaikum admin, tolong hidekan profil aku ye min. Aku nak kongsi kisah adik ipar aku ni. Kelmarin adik ipar aku datang dari Kedah ke Kuala Lumpur, rumah aku dengan suami. Lepastu kan, masa malam dia nak solat, jadi sejadah yang dalam bilik tetamu aku basuh & dah kering. Aku dah angkat dari ampaian, jadi aku letak dalam bakul kain kat ruang tamu. Sejadah tu dok atas sekali dalam bakul tu. Saya sengaja je, masa sebelum adik ipar aku sampai sini, aku tak sediakan letak terus dalam bilik tetamu untuk dia tidur tu. Bila dia nak solat, dia mungkin nampak sejadah tu dalam bakul kat ruang tamu depan, dia datang, pakai ambik sam’bar macam tu je sejadahnya bawak masuk bilik.

Tak adanya nak minta iz’in ke dari aku , atau buat – buat tanya ke kan. Macam orang slalu kata, bila jadi tetamu dekat rumah orang ni, kena ada adab. Yang tu satu hal, satu lagi kan, dia bukak peti sejuk aku suka hati dia je. Dah tu siap bawa makanan dari kampung, dia tak ada nak mintak i’zin nak letak barang makanan dalam peti sejuk. Ini terus je bukak peti, letak makanan dia tu. Tak ada rasa malu ke datang rumah orang buat peran’gai macam tu? Tak ada adab langsung. Aku bila balik kampung rumah mertua, ada juga bukak peti sejuk dia, tapi itu pun bila mertua suruh ambikkan apa – apa dari dalam peti.. Aku tak bukak kalau mak mertua tak suruh.

Kalau macam tak ada sejadah dalam bilik, aku akan buat – buat tanya dengan mak mertua aku, ada tak sejadah nak solat. Walaupun sebenarnya aku nampak je sejadah dekat ruang tamu tu tergan’tung kat tingkap. Walaupun keluarga sendirikan, bila dah datang rumah orang tu, tetap kena ada adab, tetap dianggap sebagai tetamu. Dah tu kan, dia ni buat tak tahu je dengan aku ni dekat rumah, Tak ada nak ajak aku bersembang atau bukak topik dulu. Ini tak dia asyik main hp dia je manjang, lepas tu dok ulang cas hp pakai plug rumah orang suka hati, pun tak ada nak mintak i’zin dulu.. Aku pa’nas betul dengan pera’ngai budak macam ni.

Mak mertua pula mulut pua’ka, habis satu kampung dia ca’nang cerita kata aku ni menantu tak baik lah, jenis apa lah, hu’duh lah, semua yang bu’ruk ada kat akulah. Yang baik semua ada kat anak dia, tapi macam ni dikatakan budak baik? Kalau adab kat rumah orang sebagai tetamu pun tak ada. Tak hormat dekat tuan rumah langsung. Aku tak cerita hal ni kat suami aku, padahal suami aku dah nampak apa yang adik dia buat selama duduk sini, buat hal suka – suka hati dia je. Suami aku ni plak jenis yang diam, tak cakap banyak, camtu lah. Aku je dok pen’dam simpan benda ni dalam hati..

Hal petang semalam pulak, aku buatkan makan petang, aku goreng nugget je sebab aku sa’kit kepala tak la’rat. Ubi keledek ada, mula tu aku ingat nak goreng tapi tak la’rat punya pasal nak kupas potong buat tepung lagi, jadi aku goreng nugget je senang bawak keluar dari peti goreng.. Petang tu suami aku tak balik kerja lagi. Jadi aku makan berdua dengan dia, dia makan banyak. Tapi bila tiba waktu malam, dia kata kat suami aku, dia lapar lagi. Dia nak keledek tu, nak goreng katanya. Mula tu aku nak buat kan, suami aku tak bagi, suami aku kata kat adik dia “ko lapar, ko buatlah sndiri”.

Lepastu adik dia macam sin’dir aku, dia kata “makanan ni patutnya makan petang tadi”. Aku senyap je tak kata apa. Suami & dia tak tau yang aku sa’kit kepala petang tu.. Boleh pulak ko sin’dir aku ye perempuan muka tak tau malu.. Suami saya tak tahu yang pasal makan petang tadi saya dengan adik dia sebab saya tak bagitau suami..

Saya ge’ram betul dengan adik dia sorang ni, tak ada budi bahasa & tak tau hormat tuan rumah. Dah tau datang rumah org sebagai tetamu tu, buat la cara macam tetamu. Makan je la apa yang tuan rumah hidang, ni mintak macam – macam, pastu sin’dir – sin’dir tuan rumah pulak. Macam apa je pera’ngai, kurang a’jar betul. Aku pen’dam je semua ni walaupun sa’kit. Nak tanya, betul ka budak zaman sekarang ni ramai yang kurang a’jar, tak ada adab? Orangnya perempuan, walaupun dah umur puluhan tahun, belajar tinggi – tinggi sampai degree, tapi adab tak ada. Ham’pehh betul.

Jadi pesanan untuk korang semua yang bujang belum kahwin, cek betul – betul pasangan korang tu. Tak kira perempuan atau lelaki. Jangan kerana dia belajar tinggi sampai dip, degree, master atau phd skalipun, kalau tak ada adab, kurang a’jar dengan org pun tak guna. Bukan kata kat semua, tapi majoritinya macam tu Beringat sebelum kena, hati – hatilah ye.. Betul kata orang, tak ada siapa yang betul – betul kenal seseorang, termasuklah mak yang kandungkan dia selama 9 bulan ataupun ayah yang membesarkannya. Kecuali pasangannya yang kahwin & hidup dengannya dari nikah hingga ke akhir hayat..

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."