Remaja Meninggal Dunia Selepas 20 Hari Vaksinasi Bukan Kerana Vaksin -Jabatan Kesihatan Kedah

1 Okt : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menolak dan menafikan terdapat seorang pelajar perempuan di daerah Baling, Kedah yang meninggal dunia kerana menerima suntikan vksin cov1d-I9.

Pengarahnya, Dr Othman Warijo mengatakan, JKN Kedah telah membuat siasatan segera mengenai perkara tersebut dan mendapati bahawa dakwaan dan tuduhan berkenaan tidak benar.

Menurut Dr Othman, hasil dari siasatan mendapati bahawa arwah merupakan seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bukan lagi pelajar sekolah.

” JKN Kedah ingin merujuk kepada berita yang tular dalam media sosial, baru-baru ini, berkaitan seorang pelajar perempuan di daerah Baling yang meninggal dikaitkan dengan suntikan vksin cov1d-I9. ”

” Siasatan mendapati dia telah menerima satu dos suntikan vksin cov1d-I9 pada 5 September lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Abdul Razak, Baling. Gadis itu mengadu sakit perut pada 19 September lalu dan telah diberi rawatan di Hospital Baling. ”

” Namun selepas 20 hari divksin iaitu pada 25 September lalu, dia dibawa ke Hospital Baling kerana tidak sedarkan diri. Tahap kesihatannya cepat merudum dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. ”

Dalam pada itu, Dr Othman menyatakan bahawa jenazah telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk di bedah siasat.

Beliau menambah, hasil dari bedah siasat mendapati bahawa arwah meninggal dunia akibat dari Ruptured Thoracic Aneurysm dan tidak ada kaitan dengan suntikan vksin cov1d-I9.

” Laporan penuh bedah siasat sedang disediakan dan JKN mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan ini. ”

” Saya menasihati masyarakat umum agar elakkan mempercayai serta menyebarkan berita yang tidak disahkan dan dapatkan maklumat yang sahih berkaitan vksin dan jangkitan cov1d-I9, ” katanya.

Sebelum ini, video kematian pelajar perempuan berusia 18 tahun pada hari Sabtu lalu tersebar di media sosial yang didakwa berkait dengan suntikan vksin COV1D-I9.

Pelajar berkenaan dikatakan telah menerima suntikan seminggu yang lalu dan mengadu sakit dada dan perut sebelum membuat pemeriksaan dan dimasukkan ke hospital.

Video tersebut juga menyebut pihak hospital mengatakan bahawa pelajar berkenaan menderita gastrik, tetapi keluarganya mendakwa remaja itu tidak mempunyai sejarah penyakit terbabit.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.