#pop
Aduan dibuat tiada respond, Lelaki Pacak Batu Nisan Dalam Jalan Berlubang

Masalah lubang di jalan-jalan sekitar kawasan kampung, taman perumahan, jalan raya atau highway sehingga kini boleh dikatakan masih tiada penyelesaian.
Walaupun terdapat inisiatif untuk menampal semula lubang tersebut oleh pihak berkuasa, namun masalah lubang jalan ini tetap tidak dapat diselesaikan.
“Lu tau apa makna bila batu nisan dipacak macam ni? ni bermaksud nyawa pengguna jalan raya menanti di lubang maut ni korang tau x..”
Seperti yang dikongsi oleh Brotherhood SHAH ALAM di facebook, mengenai ‘tindakan’ yang terpaksa diambil untuk mengatasi masalah jalan di kawasan tersebut.
Difahamkan selepas 12 jam ‘tindakan’ itu dilakukan, lubang tersebut telah diturap pihak berkuasa. Mereka juga memuatnaik perkara tersebut di bahagian komen facebook.
“Klang biase la, pg turap ptg dh belubang blik….”
Sebilangan besar netizen setuju dengan tindakan yang diambil, malah ada juga yang berkongsi banyak aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan yang diambil.
*Mungkin ada kekangan kot, siapa tau kan…
Yang penting masalah jalan selesai kan, buat kerja atau tak wallahualam…
-
#pop5 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop5 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen