AfdIin Shauki kini tidak Iagi sokong Cr4ckhouse C0medy CIub, kec4m perbuatan hin4 ag4ma di pentas Iawak

“ Dah pndai u-turn.. ada bakat jadi yb.. ”

Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira, 26, didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, teman lelaki wanita berkenaan berusia 38 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya dan direman tiga hari hingga tempoh sama.

Sebutan kes ditetapkan pada 18 Ogos ini.

Akhirnya Sokong Penutupan Crackhouse Comedy Club

AfdIin Shauki kini tidak Iagi sokong Cr4ckhouse C0medy CIub, kec4m perbuatan hin4 ag4ma di pentas Iawak

Isu Komedi Perli Orang Melayu, Ogy Ahmad Daud ‘Sound’ Rizal Van Geyzel

Masih belum reda isu wanita melakukan pertunjukan lawak yang didakwa menghina Islam di sebuah kelab komedi di ibu kota, kini tular pula tentang pemilik kelab berkenaan menjadikan perkauman sebagai bahan jenakanya.

Ogy Persoal Motif Pemilik Kelab

Hal ini mendapat perhatian pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Ogy Ahmad Daud, di mana dia berkongsi sebuah video yang memaparkan pemilik kelab komedi yang dikenali sebagai Rizal Van Geyzel membuat persembahan di kelabnya.

Menerusi klip video yang dikongsikan Ogy di Instagram-nya, Rizal membuat persembahan dalam bahasa tamil dengan menjadikan topik kaum melayu sebagai bahan lawak jenaka.

Melihat entri yang ditulis Ogy pula, pengarah dan pelakon ini mempersoalkan tindakan pemilik kelab mengunakan topik perkauman sebagai bahan jenakanya.

Sekadar info, pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung operasi kelab tersebut buat sementara waktu.

Check Also

Sangka Ibu S4kit ‘Tertidur’, Anak KeciI TerIena Disisi Jasad Ibu Yang TeIah Tiada

Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.