Connect with us

#pop

Ahli Kimia Dedah Kaedah Unik Pavithra Sebelum Masak Kari Buat Ramai Tak Sangka

Sugu Pavithra, nama figurasi umum yang tidak lagi asing dalam dunia masakan. Popular dengan masakan kari ayamnya yang menjadi perhatian warga Malaysia.

Kaedah Pavithra memasak yang unik ini telah menarik perhatian seorang ahli kimia. Beliau kongsikan rahsia disebalik kesedapan masakan kari cara Pavithra menerusi laman sosial Twitter.

Ahli Kimia tersebut, Dr Che Puteh menggunakan kepakaran bidangnya dengan kongsikan rahsia masakan unik Sugu Pavithra. Setelah meneliti, beliau dapati Pavithra memasak kari menggunakan buah Tomato.

Che Puteh Osman, PhD@drcheputeh –
“Pada pendapat saya, rahsia keenakan kari stail Sugu Pavithra adalah kaedah memasak menggunakan tomato. Dalam video kari ayam pencen mereka, ayam dimasak sehingga agak lembut tanpa guna air. Kemudian kari dimasak tanpa air. Tomato dan ayam adalah makanan tinggi glutamat.”

Kari ayam tidak perlu ditumis, sebaliknya perlu digaul dahulu bersama tomato dan bahan yang lain.

Menurut doktor Che Puteh, Pavithra memasak mengguna kandungan bahan memasak yang tinggi glutamat contohnya tomato dan ayam. Keunikan cara masakan Pavithra didedah ahli kimia itu setelah video Pavithra ditontonnya.

Che Puteh Osman, PhD@drcheputeh –
“Selain tomato dan ayam, makanan yang ada glutamat adalah produk tenusu, telur, itik, daging merah, ikan, jagung, peas, lobak merah, bawang dan bayam. Leek juga tinggi glutamat.”

Image

Che Puteh Osman, PhD@drcheputeh –
Saya biasanya memasak kari ikan dengan menumis bahan tumis, masukkan rempah yang dibancuh, setelah pecah minyak saya masukkan air asam, tomato, bendi, ikan dan santan.

Che Puteh Osman, PhD@drcheputeh –
Apabila saya cuba stail Sugu Pavithra, saya tumis bahan tumis, tomato, serbuk rempah, diikuti air asam, bendi, ikan dan santan.

Bahan yang digunakan sama, kaedah memasak yang berbeza.

Tetapi rasanya enak dan lebih umph karinya. Rasa manis dan umami dari tomato dan ikan.

Che Puteh Osman, PhD@drcheputeh –
Belanja gambar sikit

Image

Apa pendapat anda? Ada yang mahu mencuba kaedah unik ini?

Sumber : Che Puteh Osman

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya