Connect with us

#news

Ahli Parlimen DAP puji pelan subsidi gaji Singapura lebih bagus dari Malaysia

Seorang ahli Parlimen pembangkang menyatakan bahawa Putrajaya berpotensi menjamin lebih banyak peluang pekerjaan jika mencontohi Singapura yang telah melaksanakan skim subsidi upah dengan memperuntukkan dana yang tinggi membantu lebih ramai individu dan syarikat.

Dr Ong Kian Ming, DAP, memaklumkan subsidi gaji diterima di negara ini rendah. Ia kerana subsidi disasarkan kepada kumpulan tertentu sahaja sementara Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hadapi kesulitan.

“Pemeriksaan lebih mendalam mengenai statistik tenaga kerja menunjukkan jumlah subsidi upah yang diberikan tidak cukup menarik bagi kebanyakan PKS.

“Program ini mampu menyelamatkan lebih banyak pekerjaan jika jumlah subsidi lebih tinggi sama seperti jumlah diberikan di Singapura,” kata Ong, ahli Parlimen Bangi, dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ong lagi, negara jiran itu telah berikan subsidi upah setinggi 75% dalam melaksanakan “pemutus litar“ dan program itu dilanjutkan sehingga Ogos 2020.

Seramai 2 juta pekerja dibayar SGD16 bilion, bersamaan sekitar 3.8 juta tenaga kerja. Hal sedemikian memberi makna Singapura berjaya memberi subsidi upah sebanyak 53% daripada tenaga kerjanya walhal Malaysia hanya mampu memberi 25% daripada tenaga kerja (2.6 Juta) yang mendapat subsidi upah Putrajaya.

Setakat 24 Julai lalu, Malaysia belanja sekitar RM9 billion untuk 311,191 buah syarikat, menerusi sumber data kerajaan.

Namun, pada tanggal 30 Jun, sebanyak 1.36 juta syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berlainan dengan Singapura yang tetapkan jumlah bantuan berjumlah 75% daripada gaji diterima, Putrajaya hanya menyediakan RM1,200 setiap pekerja selama 3 bulan kepada syarikat yang memiliki staf tidak lebih dari 76 orang.

Ong katakan bahawa majoriti syarikat di Malaysia tidak memohon subsidi gaji.

Ia sebab jumlah itu jelas tidak mencukupi dan syarikat lebih memilih untuk kecilkan saiz operasi mereka.

“Kemungkinan besar majoriti syarikat tidak memohon program ini mungkin kerana tidak mempunyai pilihan selain mengurangkan jumlah pekerja ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP),” kata Ong.

“Akibatnya, kadar pengangguran di Singapura naik sedikit daripada 3.3% pada suku pertama 2020 kepada 3.9% pada suku kedua 2020.

“Sebagai perbandingan, kadar pengangguran Malaysia naik dari 3.5% pada suku pertama 2020 kepada 5.1% pada suku kedua 2020,” tambahnya. Ong turut mempersoalkan keberkesanan usaha kerajaan baru untuk selamatkan industri pelancongan.

Di bawah Pembiayaan Pelancongan Penjana telah diperuntukkan RM1 bilion, hanya 10,000 buah syarikat mendapat faedah, dengan andaikan pinjaman purata sebanyak RM100,000 bagi setiap syarikat.

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya