“Seronok laa diaorg, dpat tahu Aiza c4cat” ᴛᴇʀᴋᴇᴊᴜᴛ, lihat perut Aiza sangat leper di ɪᴄᴜ. Masa umrah, aku mimpi berjumpa dengannya.

Assalamualaikum semua. Aku seorang wanita. Aku terpanggil untuk berkongsi cerita ini setelah terbaca confession AJK Jabatan Netizen tentang Narc1ssist Kent4l Med1a Sosi4l.

Seorang med1a influencer berkongsi rakaman video pengurusan jen4zah teman baiknya hingga ke li4ng l4hat. Aku bersetuju dengan confessor. Tak sanggup nak tengok video tu sebab terasa ge.run dan s4yu.

Yelah, satu hari nanti kita semua akan merasa pengalaman sebagai jen4zah, dibungkus kemas, dan dikambus dengan tanah.

Proses akhir kehidupan di muka bumi dan juga lembaran pertama untuk kehidupan di alam ku.bur pula. Dan bagi aku, sebagai sahabat kita sepatutnya menutup aib sesiapa pun samada ketika hidup atau setelah m4ti. Itu lah khidmat terakhir seorang sahabat, yang aku kongsikan di sini.

Kisah ini tentang sahabat baik yang aku namakan sebagai Aiza. Aku kenal Aiza pada tahun 2007 ketika bekerja bersama di Desa Sri Hartamas.

Jika dilihat pada luaran, kami berdua sangat berbeza. Seperti langit dan bumi. Aku adalah tipikal staf Melayu yang simple, bermake-up nipis dan berpakaian menutup aurat.

Pakaian pejabatku selalunya baju kurung, jubah, atau kemeja dan berseluar panjang. Aiza pula seorang yang cantik.

Neneknya Melayu dan datuknya India. Ibunya pula campuran Cina. Jadi korang boleh bayangkan kecantikan eks0tik yang Aiza miliki. Seperti ratu cantik Venezuela. Aiza ni juga seorang yang suka bersiap.

Rambutnya lurus dan panjang, berlipstik merah lengkap berbulu mata panjang dan sentiasa bermedi pedi (medɪᴄᴜre dan pedɪᴄᴜre).

Pakaian kerja pula ialah skirt pendek potongan pensil dan kemeja panjang yang dilipat hingga ke siku. Penampilan itu sesuai juga dengan personalitinya yang ramah dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Dipendekkan cerita, aku dan Aiza akhirnya menjadi kawan baik. Kami breakfast dan lunch bersama setiap hari.

Sebab masing masing nak jaga badan taknak gemuk, kami akan makan setengah jam dan habiskan masa setengah jam lagi dengan berjalan jalan di sekitar Desa Sri Hartamas.

Biasanya semasa kami berjalan jalan, orang yang berselisih (selalunya lelaki) akan merenung atau menoleh berkali kali ke arah Aiza. Aku yang berjalan di sebelah dia pun rasa bangga ada kawan cantik.

Walaupun berumur 40-an, Allah beri rupanya seperti 20-an. Cantik dan awet muda. Aku yang tengok Aiza tiap tiap hari pun terpesona, apa lagi orang lain.

Tapi Aiza ni orangnya peramah. Kalau orang tengok atau tenung dia, selamba je dia kata “hai” sambil senyum lebar dan angkat tangan. Mana lah tak seronok orang tu. Berjalan sampai terteleng teleng kepala.

Aiza kata apalah salahnya bagi orang tu happy. Kan dapat pahala. Heeeee aku senyum saja lah nak kata apa.

Masa ni Aiza baru bercerrai setelah berkahwin hampir 20 tahun. Anak anak 3 orang semuanya perempuan bersekolah menengah, dan duduk dengan bekas suami.

Kenapa dan mengapa, jangan lah ditanya di sini. Sebab bagi aku, itu keputusan peribadi suami isteri. Pasti itu yang terbaik untuk mereka. Selepas bercerrai Aiza selalu berkongsi kesepian hidupnya terutama ketika pulang ke rumah.

Dia kata pada waktu malam ketika terbaring memandang siling, dia selalu meratap ya tuhan…ya tuhan….sambil memikirkan bila dia nak m4ti. Aiza juga risau dia akan m4ti sendirian. Jadi sebagai sahabat, aku pun betulkan supaya panggil nama Allah, bukan tuhan.

Allah pasti akan bantu mengisi kekosongan jiwa. Aku juga bergurau mengatakan, “Takpe Aiza, bila U rasa nak m4ti nanti, U call I. Nanti I datang ajar syahadah.”

Kami ketawa memandangkan jarak rumah kami agak berdekatan. Kadang kadang Aiza mengadu yang dia takde rasa nikmat hidup.

Semua kosong. Makan takde rasa, kerja takde rasa, berMua-Thai takde rasa. Aiza kata kan bagus kalau rasa ‘high’…. Macam ambil ddah. Stim je mata. Dan kami pun ketawa.

Aku pun sambung, “kalau nak m0rfin murah elok cari kat h0spital. Minta nurse cucuk sekali, lepas tu stim. Haaa free you!” Ketawa lagi.

Untuk pengetahuan, Aiza ni bukan lah jahil dalam agama. Dia adalah lulusan UIA dan juga bertudung ketika ke kuliyah. Tapi dia sendiri mengaku betapa jauhnya dia dengan tuhan (aku betulkan supaya sebut Allah) dan sentiasa mencari jalan untuk mengisi kekosongan hidup.

Aiza pun mengaku walaupun dia jarang solat tapi malam malam bila dia sedih dia akan solat dan mengadu menangis kat Allah. Waktu ni aku sangat bersyukur sebab dia masih ingat pada Allah. Dalam bercerita sedih sedih, aku ajak Aiza menunaikan umrah.

Mengadu kat Allah depan Kaabah. Aiza pun macam setuju. Kami berjanji bila umur aku 45 tahun, kami akan ke sana bersama sama.

Ketika itu aku berumur 32 tahun dan Aiza 42 tahun. Walaupun aku tak pasti adakah kami masih berkawan lagi nanti, tapi aku tetap yakin dapat membawa sahabatku itu ke Mekah.

Selalunya Aiza berkongsi cerita sedih dengan aku saja. Bila kami berdua, baru dia bercerita. Tapi kalau ada staf lain yang join breakfast atau lunch, kami cerita pasal ofis, pasal kerja.

Atau pun dengar je staf tu cerita pasal anak anak dan keluarga. Takpun kami pakat pakat kutuk bos besar yang tipu gelaran Dr. konon buat PhD tapi bila minta salinan tesis, langsung taknak bagi. Haaaa…..acaner tu?

Pendek kata bila dengan staf lain, si Aiza tunjuk happy go lucky. Sembang kencang macam takde masalah. Paling tidak pun dia akan komen pasal bulu mata dia yang tercabut gam. Antara perangai Aiza yang aku suka ialah dia tak suka bercerita pasal orang lain.

Cerita baik apatah lagi cerita buruk. Kalau ada staf buat muka kelat dengan dia, dia akan kata “Aaaahhh, mesti dia gaduh dengan laki/bini kat rumah. Kejap lagi ok la tu.”

Aiza tak pernah bersangka buruk dengan orang lain walaupun dia tahu ramai staf kutuk cara dia berpakaian. Kadang kadang ada je staf lain mengata dia.

Kutuk pakai seksi la, pasal make-up tebal la, pasal tak solat kat surau la. Bayangkan diaorang kutuk tu dalam surau kot. Sambil pakai telekung atau sambil hampar sejadah.

Huuussshhhh aku yang tengah solat pun rasa tak kusyuk weh. Terpaksa baca surah pejam mata, bisik kuat kuat, supaya kusyuk semula.

Lepas solat je terus keluar dari surau, tak sempat berdoa dah sebab rasa sangat marah. Yelah, depan Aiza diaorang tak berani nak cakap lebih kurang sebab Aiza ni pekerja yang pandai.

Cakap berdepan senyum senyum tapi kat belakang semua benda diaorang kutuk. Sampaikan berita Aiza bercerrai pun jadikan bahan.

Aiza tahu staf lain mengutuk tapi dia kata biar je lah. Tuhan ada…. (waktu ni pun aku betulkan supaya sebut nama Allah). Yang kutuk ni bukan lah semua, cuma beberapa orang sahaja.

Tetapi aku peratikan yang tukang dengar pun ramai, dan tukang mengiya dan tukang gelak pun ramai. Jadi takde bezanya diaorang ni. Sama saja.

Pada tahun 2010 Aiza telah berpindah kerja ke tempat lain, tetapi masih berdekatan dengan ofis aku. Kadang kadang dia akan datang lunch atau berjalan jalan seperti selalu. Staf lain pun jika terserempak akan ditegurnya walaupun ada yang melemparkan perlian secara terbuka.

Dulu nak cakap direct, tak berani sebab satu pejabat. Bila Aiza dah tak kerja di situ, berani pula diaorang kutuk dia depan depan.

Bayangkan…… Seperti biasa Aiza buat dek saja dan berkata Allah adaa….. Di ofis, ada staf lain yang bertanya kepadaku tentang Aiza. Nampaknya diaorang ni sangat sangat berminat nak tahu pasal Aiza. Kebanyakan masa aku akan cerita yang best best je.

Biar diaorang sakit hati tak boleh mengutuk. Biar diaorang takde modal. Aku memang tak berapa ngam dengan diaorang sebabkan sifat munafik tu, depan baik belakang kutuk.

Jadi dengan diaorang ni aku buat kawan hangat hangat taik ayam. Berkawan pasal kerja sahaja, selain itu sorry la beb.

Pada tahun 2014 aku telah bertukar kerja di Bangi. Aiza pula di Cyberjaya. Ketika ini dia telah berkahwin dan hidup dengan gembira.

Kami masih lagi berjumpa 3-4 kali setahun, selalunya di Bangi Gateway. Kebanyakan masa Aiza berkongsi cerita tentang suaminya Yusuf, yang hensem dan baik.

Aku memang bersyukur kerana akhirnya Aiza dapat menemui rasa dalam kehidupannya. Tiada lagi kesedihan dan air mata. Semuanya kegembiraan dan gelak tawa.

Pada masa yang sama Aiza bercerita tentang simpanan barangan kemasnya yang dibawa pindah dari rumah lama ke rumah baru.

Berkilo kilo. Aku pula secara spontan bertanya tentang zakat emas. Aiza tersengih. Melihat sengihan tu aku pun faham yang dia tak bayar zakat.

Secara berseloroh aku berkata, “Takpe Aiza, bila U nak m4ti nanti I akan contact Yusuf pasal ni. You m4ti je dengan aman.”

Padahal aku tak pernah jumpa si Yusuf pun. Yakin je aku cakap macam tu. Dan ya, Allah maha mendengar. Rupa rupanya apa yang aku janjikan walau secara berseloroh, Allah aturkan supaya aku laksanakan. Sebagai khidmat terakhir buat sahabat.

Sepanjang aku berkawan dengan Aiza, selepas solat aku selalu berdoa supaya dia bahagia dan gembira. Bila aku teringat, aku hadiahkan al-Fatihah agar roh Aiza tenang dan kembali kepada kehidupan yang menepati syariat Islam. Walaupun ketika Aiza masih hidup.

Aku sentiasa menitipkan doa dan fatihah untuknya supaya terbuka hatinya kembali ke fitrah Muslim. Aku bersahabat dengan Aiza bukan sebab dia cantik, bukan sebab dia kaya. Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku terlekat untuk terus berkawan dengan dia.

Waktu balik kerja, dalam kereta ketika memandu aku sering bermuhasabah kenapa Allah bagi rasa sayang kat Aiza. Sayang nak tinggalkan dia sorang sorang. Seperti satu tanggungjawab untuk membantu Aiza kembali ke jalan yang Allah redai.

Walaupun ada ketika aku tidak bersetuju dengan jalan keluar yang Aiza ambil suatu ketika dulu, aku hanya menggelengkan kepala atau membuat muka buruk dan berkata “Yek!”.

Atau ketika aku benci dengan beberapa perkongsian ceritanya yang bercanggah dengan pendirianku, dalam hatiku aku berdoa, “Allah! Allah! Allah! Bantu sahabatku ini.”

Dan aku tetap setia berkawan dengan Aiza. Sememangnya Aiza pernah mengaku dalam ramai ramai kawannya, aku yang paling Islamik. Seperti satu tanggungjawab, aku teruskan berkawan dengan Aiza. Sehingga lah Aiza berkahwin semula. Lega dan gembira.

Itu yang aku rasa, kerana dia berkahwin dengan lelaki Islam yang memenuhi ciri ciri seorang suami mithali. Hakikatnya Allah sahaja yang mengetahui mengapa hati kami bertaut sebagai sahabat. Rupanya sebagai peluang aku memberi khidmat terakhir buat sahabatku Aiza.

Aku akan sambung lagi cerita ini di bahagian ke-2 nanti. Insyaallah. Buat perkongsian untuk semua. Semua perkenalan yang Allah aturkan ada hikmahnya. Wassalam.

Sambungan:

Pada suatu malam di awal Februari 2015, ketika aku sedang memandu pulang dari kedai, aku menerima panggilan dari Aiza.

Melihat namanya tertera di skrin telefon, aku rasa sangat gembira. “Mesti dia nak ajak jumpa, makan makan, minum kopi, lepak.” Itu yang aku fikirkan.

Bila aku angkat telefon, rupanya suaminya si Yusuf yang menelefon. Terkejut la juga sebab tak aku langsung tak pernah berjumpa atau bercakap dengan Yusuf. Cuma bila berborak dengan Aiza, dia akan memberi gambaran suami barunya itu.

Tinggi, putih, hensem, bermata hijau. Ibunya Benggali dan bapanya Jerman. Kedua dua mereka adalah mualaf. Jadi aku bayangkan si Yusuf ni ala ala nabi Yusuf la kot. Hensem.

“Hello, this is Yusuf. Aiza had an accident. She wants me to tell you. She just woke up and wants to see you.” Allah! Allah! Terkejut juga menerima berita dari Yusuf.

Disebabkan aku sedang memandu, aku cuma dapatkan maklumat ringkas seperti h0spital mana, tingkat berapa, w4d no apa. Aku tak bertanya langsung pasal Aiza.

Selepas bercakap dengan Yusuf, aku terbayang kemungkinan keadaan Aiza yang berbalut kaki dan tangan….

Alaaa kesiannya kawan aku yang lawa tu. Macam mana dia nak jalan terjengket jengket nanti. Bertopang tangan ke. Kesiannya dia. Secara spontan, aku terbayang muka staf staf lama. Ishk… seronok la diorang kalau dapat tahu Aiza cacat!

Keesokan harinya aku terus ke H0spital Tunku Jaafar, Seremban untuk berjumpa Aiza. Sampai depan w4d ɪᴄᴜ, dari jauh aku dapat kenal pasti Yusuf. Keadaan dia pun serabai. Tapi, masih hensem. Yusuf segera bawa aku masuk ke tempat Aiza.

Aku masih terfikir kaki Aiza patah ke, tangan dia patah ke… dapat cacat kekal…. Kesiannya! Kesiannya dia! Sampai di katil Aiza, aku tengok elok saja dia terbaring berselimut tebal. Kaki dia elok, tak berbalut. Tangan pun elok. Dua dua dalam keadaan sempurna.

Langsung takde calar balar, apatah lagi luka. Kepalanya pun takde sebarang balutan. Rambutnya ditutup dengan penutup kepala macam shower cap berwarna biru.

Muka Aiza sempurna takde sebarang luka. Cuma ada satu tiub besar dimasukkan ke mulut menyebabkan Aiza tak dapat bercakap.

Aku pandang Aiza. Aiza pandang aku. Aku nampak air matanya mengalir. Aku cepat cepat pujuk dia. “Aiza! Alhamdulillah U OK!”

Dengan muka yang berkerut Aiza mengangkat tangan dan menunjukkan bahagian perutnya yang leper. Memang leper. Hampir sama dengan bahagian tilam baringannya.

Aku pandang Yusuf. Yusuf pun bercerita yang kereta Aiza telah berlanggar depan depan dengan kereta lain. Head-to-head. Driver tu lelaki India, muda. Disebabkan impak hentaman yang kuat, driver tu patah leher dan m4ti serta merta di tempat kejadian.

Aiza pula terjerut dengan tali keledar yang dipakainya. Bahagian perutnya hancur. Sebenarnya Aiza baru sedar setelah koma selama dua minggu. Dan orang pertama yang dia nak Yusuf hubungi ialah aku.

Ketika itu semua dialog dan lawak lawak yang pernah kami kongsi bersama menerjah ke dalam fikiran.

Ya Allah, ini rupanya tugas aku. Semasa menghantar aku keluar dari situ, Yusuf sambil memegang dahinya berkata yang harapan Aiza untuk hidup adalah sangat nipis. Ini kerana kecederaan Aiza melibatkan lebih 70% usus besar, yang tak boleh diganti.

Usus besar fungsinya menyerap nutrien makanan dan menghantar ke bahagian tubuh yang lain. Kalau jantung atau hati, atau buah pinggang masih boleh cari penderma.

Untuk usus besar, memang tiada harapan. Tugas doktor hanya lah membantu mengurang kesakitan Aiza mengikut selama mana dia mampu terus hidup.

Keesokan harinya aku ke sana lagi. Kali ini aku bawa pemotong kuku, pencuci cutex bersama cotton buds, sebotol spray air, dan telekung.

Perkara pertama aku lakukan ialah memotong dan mencuci semua cat kuku Aiza, dan aku mengajak dia berwuduk untuk menunaikan solat taubat.

Aku tahu, dan Aiza pun tahu yang saat dia mengadap Ilahi sangat dekat. Ketika Aiza seperti mahu menangis, aku pujuk dia. Aku kata Allah sangat sayangkan dia sebab masih beri waktu untuk bertaubat. “Allah sayangkan U Aiza.”.

Aiza juga minta aku ajarkan zikir zikir yang boleh dia baca dan meminta aku mendoakan dia.

Semua perbualan Aiza lakukan secara bertulis disebabkan tiub yang ada di mulutnya. Aiza hanya menerima susu sebagai makanan sekadar cukup untuk kelangsungan hidup.

Setiap hari perutnya akan d1cuci dua kali sehari. Aiza hanya boleh mengerutkan muka sambil menunjukkan ke arah perut menandakan kesakitan di situ.

Dan aku akan memujuk dengan berkata, “Allah sayang U…sebab tu Allah cuci semua perut U. Allah nak U bersih bila bertemu denganNya nanti”. Aiza faham dan berhenti berkerut.

Selain aku, ibu Aiza pun ada menolong dia menunaikan solat wajib. Aku cuma boleh bantu dia untuk solat Zohor dan Asar, selepas itu perlu pulang ke Bangi. Selebihnya ibu Aiza yang tolong.

Suatu hari di minggu kedua, aku bertanya pada Aiza tentang solat dan puasa yang ditinggalkan. Begitu juga simpanan emasnya.

Aku juga bertanya password semua akaun di Internetnya, blog, facebook, yahoo chat. Aku berasa satu tanggungjawab untuk memadam semua gambar gambarnya.

Aiza beri semua maklumat, termasuk simpanan ASB dan Tabung Haji. Aku juga bertanya samada dia ada berhutang dengan sesiapa.

Aiza seakan berfikir lalu menulis supaya menyerahkan simpanan jam tangan dan geran rumah kepada bekas suaminya.

Semua catatan tu aku tulis dan simpan kemas dalam beg. Aku berikrar untuk membantu Aiza melunaskan semua hutangnya dia di dunia ini dan dapat pergi dengan tenang.

Sampai suatu ketika, keadaan Aiza sangat lemah. Dia bergantung sepenuhnya pada m0rfin yang diberi secara available-all-the-time. Maknanya Aiza diberi satu butang, bila mana dia berasa sakit, dia akan tekan sendiri butang itu.

Ya, keadaan itu sama seperti yang kami gambarkan ketika bergurau dulu. Ketika ini, Aiza hanya terbaring. Bila aku menziarah, aku bacakan surah Yasin atau Ar-Ra’d sebagai pemudah untuk Aiza pergi.

Dan pada April 2015, Aiza pergi meninggalkan dunia buat selamanya…

Setelah itu, aku memberitahu Yusuf semua maklumat tentang bayaran zakat emasnya, fidyah solat dan puasanya termasuk pesanan kepada bekas suami. Aku juga meminta Yusuf pergi ke Tabung Haji untuk daftarkan badal haji.

Memandangkan Yusuf tidak begitu mahir bab bab ini, aku tolong saja mana mana yang boleh ditolong. Aku juga memadam gambar gambar dan semua akaun internet yang berkaitan dengan Aiza, dengan keizinan Yusuf. Selepas itu, baru lah rasa lega.

Pada tahun 2017 aku berpeluang menunaikan umrah, tumpang mahram adik lelaki ku. Di sana aku menghadiahkan dua kali umrah buat Aiza.

Selepas hadiah umrah pertama, aku berdoa supaya Allah menunjukkan keadaan aruwah sahabatku. Malam itu, aku bermimpi Aiza membawa aku ke tempat tinggalnya. Kusam, kelam dan berwarna perang tua. Suasana seperti Gerai Enam Jahannam dalam filem P. Ramlee. Aku juga nampak wajah wajah suram orang lain yang tinggal di situ.

Ku lihat Aiza bertelekung, tetapi tidak memakai kain, mendedahkan lututnya. Raut wajahnya seakan sedih walaupun tersenyum.

Dalam mimpi tu Aiza masih cantik jelita. Sedar dari mimpi itu, aku hadiahkan umrah sekali lagi untuk Aiza dan memohon Allah ampunkan dosanya.

Berita kem4tian Aiza aku kongsikan dengan staf pejabat lama hanya setelah setahun berlalu. Bukan sengaja berahsia, aku langsung tak teringat.

Seperti tertutup hati ini untuk bercerita kepada mereka. Hanya bila bertemu, aku khabarkan kem4tian Aiza dan meminta mereka mendoakan kesejahteraan dia di sana.

Persahabatan dengan Aiza mengajar aku dua perkara. Pertama, jagalah akhlak dengan orang lain. Seburuk buruk perangai Aiza, dia takkan bercakap buruk tentang orang lain. Dosanya hanya pada Allah, Allah maha pengasih maha penyayang. Allah pasti mengampuni hambaNya.

Kedua, jagalah lidah dan perkataan. Aku kini betul betul menjaga perkataanku. Aku tidak lagi berseloroh cakap yang bukan bukan walau dengan niat bergurau. Bayangkan, setiap apa yang aku janjikan secara bergurau, Allah bagi aku buat semuanya. Satu pun tak tinggal.

Sekarang ni, dialog aku ialah, “Ya Allah, aku nak satu juta dalam ASB. Nak bergembira di dunia dan akhirat”. Daripada bercakap yang merepek repek, lebih baik aku minta satu juta ringgit. Allah maha mendengar, Allah pasti memaqbulkannya. Amin.

Begitulah kisahnya. Bagi aku, persahabatan dengan seseorang bererti kita bertanggungjawab untuk menolongnya sampai ke akhir.

Bukan sekadar berkongsi cerita dan viralkan kepada orang lain. Bukan bercerita hal kesedihan kita bila dia tiada. Bukan. Bukan pasal kita dah, tapi pasal dia. Sebagai sahabat, inilah kisahnya, khidmat terakhir buat sahabatku Aiza.

Sumber – Sahabat Lama (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.