“Cacamarba, Macam Badut, Tak Habis2 Hang tu Hang ini” – Chef Wan Kritik Busana Kontinjen Malaysia Di Olimpik Tokyo

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, beliau melabelkan persalinan yang berkonsepkan pakaian tradisional Melayu itu serabut atau cacamarba serta kelihatan seperti badut.

Tak Menarik Langsung

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.

“Di sini (gambar) nampak not bad tetapi semalam for the opening it look messy so cacamarba my first impression was ‘La tak menarik langsung?’

“OMG my mind said… why are they dressed like clown… kuning, merah those geometrical all over, semak! Tailoring work pun nampak tidak kemas and does look cheap looking,” katanya.

Tak Habis2 Dengan Hang Tuah

Pemilik nama Redzuawan Ismail itu berkata, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dimana boleh juga mengetengahkan baju tradisi kaum lain apatah lagi acara tersebut hanya berlangsung lima tahun sekali.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Anyway negara kita mcm2 culture dan budaya. Guna mcm2 baju kebangssan Negara kaum ethnic pun paling tidak satu dunia tengok mcm mana rupa nya. At least they say ….wow that Malaysia!

“So distinctive, so menyerlah. Ini tak habis2 dengan si Hang tu Hang ini! What is some of your opinion?

Am just curious to find out. Was it just my eyes playing trick on me or otherwise?.

“Hang Tuah Inspired? Tak sudah2 pusing2 situ jugak. I wished all prof and experienced designers bid to do this costume then voted by all Malaysians. The most voted get to represent the country,” ujarnya.

Doa Semua Selamat Dan Berjaya

Di sebalik ‘hentamannya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi memburu pingat emas.

“To all our juara sukan negara up there we only wished nothing but the best for them dan doa2 kan semoga semua selamat dan sihat2 selalu di dalam mengharumkan nama negara lagi.

“Very proud of their achievement and segala pengorbanan mereka berusaha gigih to make to the games. Insyallah,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Macam sarung bantal – Che Ta

Tidak ketinggalan, pelakon popular Rozita Abu Bakar, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut mempersoalkan busana yang dipakai kontinjen negara tersebut.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” komennya dalam InstaStory semalam.

Sehingga kini, masih ramai yang memperdebatkan rekaan dan corak pada busana tersebut.

Ada juga yang menyamakan rekaan tersebut sama seperti warna dengan watak anime robot Jepun terkenal, Gundam.

Seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah.

Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor

Sumber: Instagram Chef Wan OMM K! Online

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.