Akibat Terima Tamu 1 Syawal, Exco Terengganu Dan Jiran Dikompaun RM2,000 Tampil Ke Balai Polis

BESUT – Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim dikompaun sebanyak RM2,000 pada Jumaat atas kesal4han mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan lar4ngan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri.

Terdahulu, tular dua gambar di laman sosial Facebook memaparkan jirannya itu berkunjung ke kediaman Azman di Besut.

Berdasarkan keterangan pada gambar itu, pertemuan berkenaan dilakukan selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, namun gambar itu telah dipadamkan setelah ia menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rozak Muhammad dipetik Utusan Online berkata Azman dan tetamu yang juga jirannya, Zakaria Mahmud dikenakan kompaun RM2,000.

“Kedua-dua mereka menerima kompaun berkenaan selepas hadir memberikan keterangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Besut kira-kira pukul 12 tengah hari ini,” katanya.

Pada satu hantaran Facebook berasingan, Azman mengaku menerima kunjungan jiran ke rumahnya pada 1 Syawal semalam.

Kunjungan Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan bawah SOP PKP.

“Mohon maaf kepada semua pihak yang terpalit kerana isu ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua,” katanya.

Semalam, Adun PAS dari Jabi itu menafikan mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya, yang juga dilarang di bawah SOP.

Azman berkata tidak munasabah untuk menolak tetamu ke rumah semasa musim perayaan.

“Tak ada buat rumah terbuka pun. Adalah sorang dua rakyat yang mari rumah sebagaimana hari-hari biasa rakyat mari rumah kerana pelbagai urusan.

“Di sinilah dilema seorang kuli rakyat macam ambe (saya). Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya tak dibenarkan sedangkan hari-hari lain dalam tempoh PKP selalu saja rakyat mari rumah.

“Juga tak munasabah rakyat berdekatan mari ke rumah kita tak angkat walaupun segelas air. Musim raya ini adalah juga ketupat sebiji dua walau bukan juadah penuh meja,” katanya.

Azman dikritik selepas seorang tetamu ke rumahnya membuat hantaran gambarnya bersama exco itu di media sosial.

Sementara itu, Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi ketika dihubungi berkata, beliau akur dan akan membayar denda yang dikenakan bagi kesalahan tersebut.

Katanya, beliau akan melunaskan bayaran kompaun itu di Pejabat Kesihatan Besut pada Ahad depan.

“YB (wakil rakyat) juga dihukum sebagaimana rakyat biasa dengan kadar tawaran kompaun yang sama.”

“InsyaAllah akan dijelaskan seberapa segera. Tiada siapa yang berada di atas dari undang-undang,” catatnya.

Alhamdulillah, hadir memberi keterangan kepada ASP Syed Mohammad, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut dan menerima surat…

Posted by Dr Azman Ibrahim on Thursday, May 13, 2021

“Semua orang tanpa terkecuali tertakluk kepada SOP. Saya akur dengan lapang dada dan akan menjelaskan kompaun sebagaimana dilakukan orang lain,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Sinarharian

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …