Connect with us

#vvip

Aku anak yatim dan di diagnos k4nser. Topiknya sekarang, Suami aku ni suka nak naik tangan , suka berkasar dan campak – campak barang.

Assalamualaikum, aku nak tanya pendapat semua. Aku muda lagi dan baru je kahwin nak masuk setahun. Belum ada anak. Aku dengan suami duduk rumah sewa dekat bandar. Aku dan suami aku ni selalu berg4duh.

Baru ni aku berg4duh dengan dia, dia ungkit cakap yang dia banyak habis duit dekat aku. Aku jadi blurr kejap, sebab barang rumah ni, 80% duit aku tau. Duit dia hanyalah beli barang dapur, bayar sewa rumah, api air. Perabot semua duit aku. Aku tak faham jenis lelaki tak pandai bersyukur.

Aku ni tak kerja luar, aku bisnes kecil – kecil sendiri je dekat rumah. Tiap – tiap bulan aku bayarkan wifi dan astro, barang kehendak aku semua aku beli sendiri, sesen pun tak guna duit dia, aku tak mintak pon. Aku cuba ringankan beban dia. Tapi bukan tu topiknya.

Topiknya sekarang, kami selalu berg4duh, berg4duh pasal benda kecik. Contohnya harini aku tak tegur dia, kalau g4duh dengan dia selalu g4duh bertumbvk macam lelaki g4duh dengan lelaki. Suami aku ni suka nak naik tangan dulu, suka berkasar, campak – campak barang.

Aku sedih laa barang tu aku beli guna duit aku sendiri. Jaranglah kalau g4duh tangan kaki aku tak berIebam. Mesti ada Iebam. Aku kasar orangnya. Kalau kena pukuI mesti aku baIas balik. Tapi kadang – kadang aku rasa putvs asa sangat.

Aku di diagnos k4nser. Tiap – tiap bulan aku kena follow up hospitaI. Macam ni ke cara dia layan orang s4kit? Buat aku str3ss. Buat aku rasa tertekan. Aku anak yatim. Kadang – kadang aku nangis sorang – sorang, aku rasa rindu arw4h ayah aku.

Arw4h ayah aku selalu manjakan aku. Kalau dia ada sekarang, mesti dia datang ambik aku. Aku rindu mak dan adik beradik aku dekat kampung. Rindu sangat.

Apa perlu aku buat? Aku rasa tertekan. Bila g4duh mulut dia mula nak berkasar dengan aku. MeIawan dan kuat mana pon aku Iawan, aku tetap perempuan. Aku lemah. Jantung aku rasa s4kit sangat. Terlalu s4kit. Aku mengunci diri aku dalam bilik lain. Menangis, dad4 aku s4kit. Boleh tak tuhan ambik je nyawa aku sekarang? Aku dah putvs asa.

Antara Pandangan Pembaca Yang Menarik Perhatian:

MiaSara Awang : Saya cuma nak nasihatkan dengan awak la kita ni sesama manusia masing – masing ada kelemahan ada kelebihan masing – masing. Diorang pun bukan hebat mana pun, jadi awak cari la apa kelemahan dia dan kalau saya la kan saya jual semua barang – barang rumah dan pindah duduk bilik. Barulah kena buku dengan ruas. Kita nak takut kat dia buat apa, ajaI maut rezeki di tangan Allah bukan di tangan laki kita. Cuma jangan tinggal solat, itu saja kuatkan yang semangat dan jangan mengalah sesama manusia. Jangan buat kerja yang merugikan masa depan kita.

Syifa’a Wad Dawa’a : Kebahagiaan rumahtangga berg4ntung pada solat anda berdua, kalau tak solat dan tak buat sunnah – sunnah yang diajar agama pasti jadi macam ni. Korang kahwin pun baru 1 tahun kan, kurang – kurang 5 tahun baru lepas 1 cubaan. Semoga dapat pertah4nkan rumahtangga, cuba pasang surah al baqarah kuat – kuat dalam umah tu, bagi si dasim tu keluar dari rumah.

Liza Halim : Angkat kaki dik, tak payah nak jadi mangsa lelaki mentaI macam tu. Move on sebelum keadaan lebih parah dan awak jadi ket4gih suka kena pukuI. Jangan dok pikir kesian bagai, lelaki yang baik dia tak akan jadikan pasangan dia pvnching bag. Buat report pergi hospitaI, ambil laporan doctor terus ke pejabat agama. Awak muda lagi dan berhak hidup bahagia..

Lyana Adriean : Ukuran bahagia tu bukan dari pasangan, kerjaya, anak – anak atau harta. Tapi ketenangan jiwa. Awak layak bahagia, jangan putvs asa. Tolong keluar dari circle negatif tu. Cari support system. Call befriend. Cari seseorang yang awak percaya dan luahkan. Tolong jangan siksa diri dan hati awak demi orang lain.

Sameerah Rahman : Awak s4kit, kalau dia rasa awak menyusahkan hidupnya baik berpisah. Cari kebahagiaan sendiri, sepatutnya berkahwin untuk kebahagiaan untuk ketenangan. Tpai apa guna sesebuah perkahwinan jika tersiksa. Nikmati hidup awak seadanya. Kalau saya di tempat awak memang m4kin s4kit dibuatnya. Semoga awak cepat sembuh dan bahagia selamanya..

Lienda Haslienda : Berpisah lah awk..mulakan hidup baru awk bersama ibu dan adik² di kampong..tak mati jika berlaki kan suami durjana dan tak menjaga kebajikan isteri..awk berhak utk rasa bahagia

Cik Bunga April : Sis..move on..sy pun canser fighter..ibu tunggal..lagi Kita sedih..lagi cpt canser tu merebak..xde suami pun Kita blh berdikari..alhamdulillah..sel2 canser sy dh bkurangan..solat jgn tinggal..bykkan bdoa sis..jalani hidup sihat n sentiasa bpikiran positif

Ilham Mostyn : Jalan yg paling mudah yg sy bole fikir ialah bercerai. Berpisah jln yg mudah alang2 belum ada anak. Apa lg akak bole sara idup sndiri dgn berniaga. Cari je pasangan lain yg lbih menghargai. Semoga di permudahkan

Suhairah Kamis : Dia bkn dera mental je..fizikal rohani sume dia dera..berpisah la sis..duk dikampung dgn mak n adk2..x guna ade laki mcm tu…sis layak bahagia..buatpe nk seksa diri..kesian awk..buatlah keputusan..kalo dia pukul, report polis..n rujuk kat pejabat agama..

Trending