Connect with us

#celeb

“Aku Berg4duh Dengan Mak..” – Datuk Awie Kongsi Kisah Silam Ketika Di Sant4u

Dato’ Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie baru-baru ini dijemput ke rancangan eksklusif Rumah No. 107. Beliau meluahkan perasaannya yang kesal akan kelakuannya terhadap ibu dan keluarga pada waktu dahulu.

Awie mengatakan bahawa beliau pernah berg3lut dengan ibu dan kakaknya. Hal itu membuatkan Awie memutuskan untuk tidak balik ke rumah. Kata Awie:

“Kehidupan saya sebelum ibu saya pergi adalah sangat sukar kerana saya bukan diri saya, saya seolah-olah hilang akal. Saya berg4duh dengan mak berg4duh dengan kakak. Saya tak balik rumah, dekat setahun juga saya tak berbual dengan mereka.

“Perkara itu disebabkan oleh benda yang menganggu… Saya boleh panggil benda ini sebagai s4ntau. Saya telah dis4ntau dan saya kena teruk. Dalam pada masa itu juga ibu saya jatuh s4kit.

“Sebenarnya saya ini anak mak… Apa sahaja masalah kehidupan saya, bila saya balik saya akan mengadu dekat mak. Mak dan abah saya selalu berpesan supaya jangan terlalu menongkat langit, kena ingat asal usul. Kalaulah boleh diputarkan balik waktu… Saya mahu jadi anak yang lebih baik,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Selain Khir Rahman, Program Rumah No. 107 juga dihoskan oleh Man Raja Lawak, Ropie, Joey Daud dan Vicha dengan karakter masing-masing.

Bukan sahaja Dato Awie dijemput malah Datuk Hans Isaac juga merupakan tetamu undangan.

Imbas Kisah Lama Awie Kena Sant4u

Raja Rock tanahair, Awie meluahkan perasaannya ketika mengidap peny4kit misteri. Beliau hanya menganggap bahawa ia adalah ujian untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Awie yang kini berusia 50 tahun merasa terharu kerana ramai yang munculkan diri demi membantu Awie kembali sihat dan cergas.

Lebih menyentuh perasaan sewaktu beliau kurang sihat, kawasan kejiranannya mengadakan solat hajat untuk mendoakan Awie.

Awie mengulas sedikit tentang aktiviti hariannya kepada pihak BH Online. Beliau berkata:

“Sebelum jatuh sak1it, saya mula berjinak-jinak menyertai aktiviti keagamaan di surau berdekatan kawasan kediaman. Alhamdulillah, geng baharu ini banyak membantu ketika saya dalam kesusahan. Mereka langsung tidak berkira, malah turut membantu mencari pakar dalam ilmu perubatan alternatif untuk merawat saya,”.

Dahulu, hampir seminggu Awie diwadkan di pusat perubatan ibu negara kerana mengalami kesukaran bernafas.

Dalam waktu yang sama, beliau juga meluahkan rasa s4kit pada bahagian perut dan bahagian belakang yang terasa seperti kena cucuk dengan alat t4jam yang membara.

“Saya anggap sak1it ini sebagai peringatan daripada Allah untuk menguji kekuatan iman. Jika ditakdirkan ny4wa saya diambil, saya redha dan bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk bert4ubat,” katanya.

Sementara itu, Awie mengatakan bahawa dia baru menerima dan masih dalam proses menjalani raw4tan alternatif untuk mengub4ti peny4kit misteri dihidapinya.

“Sudah hampir tiga tahun saya menderi1ta. Sekejap baik, namun tidak lama selepas itu, saki1t itu kembali menyer4ng. Namun, saya percaya dengan kuasa Allah, selain mengikut nasihat ustaz supaya terus berdoa dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Apabila disoalkan berkenaan kerja seninya, Awie mengatakan bahawa dia masih menerima undangan dan tawaran persembahan, tetapi dia memberi keutamaan terhadap undangan yang sudah diterima.

“Saya tetap cuba penuhi undangan nyanyian kerana ia sebahagian daripada punca pendapatan utama untuk menyara keluarga,” katanya.

Pada tahun 2012, Dato’ Awie pernah memberitahu akan dirinya yang menghidap peny4kit misteri sehingga terpaksa melakukan rawatan dengan pakar perub4tan alternatif di negeri Perak.

Semoga Awie dan keluarganya dipelihara oleh-Nya.

Sumber: GEMPAK via MyMetro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya