Connect with us

#vvip

Aku bertunang dgn Zahri yg miskin. Lpas Zahri beli kereta buruk, tiba2 mnta ptus. Prempuan rambut perang puncanya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Boleh dikatakan lama ku pendam, tiada medium untuk ku luahkan.

Nama saya Tya, berasal dari selatan tanah air juga bekerja dalam daerah yang sama. Seorang yang periang, penuh gelak dan tawa. Cerita ini sedikit panjang ya. Tiga tahun yang pertama saya bekerja, rutin ku sama.

Saya sangat seronok bekerja disini. Alhamdulillah dikelilingi kawan2 dan bos yang baik semuanya. Walaupun saya seorang sahaja perempuan disini, single pulak tu tapi mereka menghormati aku.

Ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekati, tapi kami kekal berkawan sahaja. Masuk tahun ke empat, projek bertambah. Maka, staff baru juga ditambah.

Saya dikhabarkan tentang kemasukan seseorang esok pagi, dan saya perlu mengajarnya tentang sesuatu kerja yang sebelum ini saya cover semasa kekurangan staff. Pertama kali bertentang mata, sehingga ke hari ini, saya masih ingat tingkahnya, hatta pakaian yang pertama kali dipakainya.

Bertahun di company yang sama, bertukar staff keluar dan masuk, tidak pernah kurasa se berdebar ini. Segera saya tepis perasaan ini. Zuhri, seumuran denganku. Berasal dari pantai timur. Simple, humble, agak pendiam diawal perkenalan tapi kelakar dan selalu bersambung dengan bahan membahan, lawak dan gurau2 kami di office.

Masa berlalu, disebabkan saya dan dia selalu bekerja bersama kami menjadi semakin rapat. Hingga diluar waktu kerja juga kami selalu berhubung. Bagai bulan jatuh ke riba, orang yang diam diam saya cuba tepis perasaan yang membuatkan saya lebih semangat bekerja, menyatakan hasrat serius kepadaku.

Setelah beberapa bulan berkawan, Episod cinta bermula. Tapi kami bersahaja dan professional sahaja ditempat kerja hingga tiada siapa yang mengesyaki. Zahri ketika ini masih tidak mempunyai apa apa kenderaan, hatta lesen kereta. Saya terima seadanya dia.

Jadi, disetiap kami keluar ke bandar, saya yang mengambilnya dirumah company yang jaraknya 1jam dari rumahku, dan patah balik semula ke bandar. Kiranya lokasi rumahku di tengah2 antara rumahnya dan bandar terdekat kami.

Atau kadangkala, dia bermalam di hotel murah disekitar bandar kerana merisaukan saya yang perlu berulang alik kerana perlu melalui jalan yang sunyi seorang diri. Jadi keesokannya, dia akan pulang sendiri dengan bas.

Begitulah kononnya pengorbanan kami. Setengah tahun berlalu, dia juga semakin kukuh, lesen dan kenderaan juga ada. Walau hanya kereta lama, tapi tak mengapa. Kami sepakat untuk mengikat tali pertunangan. Saya ada melakukan istikharah. Semakin kuat perasaanku kerana nampak kesungguhannya.

Dia berjumpa dengan ibuku, abangku, juga kakak ku yang diluar daerah kami untuk menyatakan hasratnya. Sedikit bangga saya dengan kesungguhan Zahri. Didalam perwatakannya yang slow, tersisip ‘gentleman’ bagiku.

Keluargsaya menerimanya dengan pesanan jangan mainkan perasaanku, menjaga saya dengan baik serta meminta kami berdua bersedia mental dan fizikal. Kami juga merancang untuk tidak diikat lama. Ingin melangsungkan dihujung tahun yang sama.

Selesai keluargaku, saya dipertemukan dengan keluarganya untuk pertama kali secara bersua muka. Sebelum ini hanya sampaikan salam dan sedikit2 bualan ketika video call saja.

Berpeluh dingin tapi alhamdulillah Keluarganya menyambut baik kehadiranku. Saya rancak berbual dengan kakaknya walau ketika ketiadaan Zahri. Kakaknya juga baik dan rajin bertanya tanya tentang aku. Kami bertukar cerita hinggalah dia menanyakan bagaimana saya dan adiknya boleh menjalin hubungan kerana katanya adiknya agak pemalu dan tidak pernah membawa balik mana mana perempuan juga menunjukkan tanda tanda mempunyai awek sebelum ni.

Hatiku semakin kuat berbunga kerana seiiring dengan pemerhatianku tentangnya. Ya, saya tertarik kerana peribadinya yang sangat lembut dan tidak ramai kawan perempuan. Friends di FB dan instagramnya juga hanya sekitar 100 lebih dan majority adalah lelaki. Sedikit berbeza dengan ibunya ketika tanpa Zahri.

Hal hal lain kami rancak berbual kecuali tentang bakal majlis pertunangan dan perkahwinan kami. Padaku, ibunya sedikit mengatur. Dari tarikh, baju, barang2 hantaran, termasuklah bakal cincin pertunangan kami.

Ibunya kata ibunya yang akan pilihkan yang biasa2 nanti. Jangan membazir bazir katanya. Siap2 dia suruh saya sarung cincinnya untuk mengagak saiz jariku. Saya akur dan ikutkan sahaja.

Tapi keadaan berbeza bila dihadapan Zuhri, dia kata dia tak kisah dan follow kami pula kerana Zahri ingin memilih sendiri cincin pertunangan kami. Saya sedikit pelik kerana td macam2 syarat ibunya letakkan padaku, tapi kudiamkan saja.

Tarikh pula hanya memikirkan sanak saudaranya sahaja yang free tanpa menimbang kira keluargaku. Hari yang dijanjikan tiba, keluarganya sampai di negeri ku sehari lebih awal. Saya menyambut keluarganya di homestay yang saya dan Zahri sewakan. Tengah kami bersembang di petang hari, tiba tiba neneknya bersuara untuk mengawalkan majlis pada pukul 10 pagi, yang awalnya dijanjikan 2 petang.

Saya menolak cara baik kerana saya tahu tidak sempat untuk saya dan keluargsaya menyediakan persiapan makanan kerana ibuku baru keluar untuk berbelanja barang dapur ketika itu. Kalau bagitahu sedikit awal mungkin boleh kerana kami memasak sendiri dan tidak menggunakan catering.

Saya terus dijerkah dengan bermacam macam ayat seperti kami bukan datang untuk makan dan membandingkan adat adat di negerinya dengan negeriku. Seperti peluru berpandu saya dibebelkan. Saya tersentak, Zahri juga terdiam.

Anak buahku melihat wajahku yang sedang dimarah. Sebak tidak terkata. Saya malu. Niatku dan keluargsaya hanya ingin memuliakan dan menjamu tetamu. Tapi keluarganya kata takpe jika hanya disediakan air kosong. Zahri memanggilku keluar. Saya keluar sambil diekori mata oleh neneknya. Akhirnya dipersetujui majlis pukul 12tengah hari.

Saya meminta diri untuk pulang. Masuk kereta, belum sempat kereta bergerak terus berjurai airmata yang saya tahan dari tadi. Permulaan yang tidak baik padaku, tapi Zahri tetap meyakinkan saya ini dugaan sahaja dan berharap langkah selepas ini lebih smooth. Majlis berjalan lancar.

Saya sangat bersyukur dan gembira. Hubungan saya dan Zahri semakin baik baik saja. Niat kami untuk melangsungkan dihujung tahun yang sama ditolak oleh keluarga besarnya kerana ada salah seorang makciknya yang tidak free tarikh tersebut. Kami akur sahaja.

Kebetulan, projek habis dan kontrak kami tamat. Saya masih bekerja di kawasan sekitar situ manakala Zahri di tengah tengah semananjung. Maka LDR lah kami. Memerlukan lebih kurang 5-6jam perjalanan untuk kami berjumpa.

Tapi tiada masalah bagi Zahri kerana dia pasti akan balik 2 minggu sekali untuk bertemuku. Saya sangat menghargainya. Berbalik soal perkahwinan kami yang dirancang awal tahun 2020 ini, Syaratnya mestilah waktu cuti sekolah.

Kerana mereka susah untuk bercuti kerja, dengan anak sekolah lagi, travel jauh lagi. Saya faham, dan saya priority kan untuk pilih tarikh diletakkn atas keluarganya. Keluargsaya mujur faham dan boleh bertolak ansur.

Cuti sekolah bln 3 dipilih. Bersungguh kami menyediakan persiapan kecil kecilan dahulu. Tiba tiba tangguh juga lagi kerana ada sahaja keluarganya yang tidak free. Katanya, nak semua ahli keluarganya turut serta dimajlis kami nanti. Saya akur sahaja. Tapi dalam masa yang sama saya dingin juga dengan Zahri kerana keadaan membuatkan saya tersepit antara keluarganya dan keluargaku.

Tapi Zahri memujukku untuk bersabar dan bertahan deminya. Kerana dia juga akui keluarganya yang merumitkan keadaan. Akhirnya, pada awal tahun ini, kata sepakat terakhir untuk majlis dicuti sekolah awal bulan 7. Gembira saya dan Zahri kerana sudah ada tarikh tetap dan mmg takkan berubah lagi katanya.

Bersungguh kami menyediakan persiapan. Lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh, kami booking bridal, khemah dan photographer. Saya ada terbaca kiriman whatsapp ibunya yang minta untuk Zahri tidak kerap berjumpaku. Tapi saya positif saja.

Saya dan Zahri masih baik baik saja, dia masih sama seperti dulu. Tiada yang hendak ku ragukan. Sehinggalah dapat panggilan dari keluarganya yang seakan memaksanya pulang hari yang sama juga. Asri tidak tahu untuk apa, dan dia pulang menaiki bas.

Saya tidak sedap hati dan hatiku kuat mengatakan ada kaitan dengan diriku. Tapi dinafikan Zahri. Katanya hanya hal keluarga yang belum sesuai diceritakan denganku. Seminggu berlalu, ibunya menelefon ibuku untuk menagguhkan lagi perkahwinan kami. Katanya hal keluarga.

Tapi Zahri takda pula cerita apa apa denganku. Zahri kerja tidak boleh menggunakan HP, maka saya ambil keputusan untuk direct call ibunya. Persoalanku dijawab acuh tak acuh sahaja oleh ibunya. Saya bagaikan cakap seorang diri di telefon. Alasan yang diberi masih hal keluarga katanya.

Seperti biasa, Zahri pulang kerja terus menelefonku, dia juga terkejut akan hal ini. Katanya dia sungguh2 tidak tahu. Tapi setelah dikorek korek, katanya neneknya tidak berkenan denganku. Dan menghasut semua untuk tidak turut serta di majlis kami nanti. Ibunya yang asalnya merestui, kadangkala terikut juga.

Saya masih setia menanti Zahri walau saya tahu keadaan seakan tidak berpihak denganku. Kami menghabiskan sebaiknya waktu yang ada sambil berharap ada keajaiban berlaku. Zahri juga seakan serabut dan sering menangis. Waktu itu, saya lihat Zahri benar benar nangis dan berharap saya dan dia seperti yang sama2 kami rancangkan.

Saya juga sungguh2 menangis di sepertiga malamku, di istikharahku. Akhirnya, diawal bulan 3, selesai sahaja saya solat asar, ibunya menelefonku disaat Zahri bekerja, untuk memutuskan pertunangan kami. Alasan yang diberi, Zahri terpaksa ikut pilihan keluarga.

Katanya mereka ada calon lain untuk Zahri. Perjanjian dari dulu kerana dulu mereka susah. Sukar untuk saya percaya cerita ini. Ibunya meminta maaf dan mendoakan saya dapat yang lebih baik dari Zahri. Talian dimatikan. Jantungku seakan terhenti kerana saya dan Zahri baik baik saja seperti biasa.

Pagi sebelum ibu dia menelefonku juga dia memberikan pesanan dan kata cinta seperti biasa. Saya tunggu Zahri pulang kerja untuk mejelaskan semua. Senyap. Waktu yang sepatutnya dia pulang, masih tiada deringan call mahupun notifikasi seperti biasa.

Saya call berkali kali, whatsapp tiada henti akhirnya dijawab dengan katanya dia serabut. Dia mahu tidur. Katanya pulang kerja td byk missed call dari ibunya dan dia menelefon semula dan berbincang panjang yang membuatnya stress.

Baru hari ini saya rasa kelainan disikapnya. Kemana Zahri yang selalunya cepat sahaja berbincang andai kami ada selisih faham? Saya sabarkan diri. Disaat saya dititik terendah, dia langsung tidak menjelaskan apa apa. Saya memberinya masa, mungkin benar dia tekanan.

Tapi aku? Juga perlu penjelasan. Esoknya macam tiada apa yang berlaku. Malam dia main futsal. Saya masih sabarkan diri. Saya memintanya penjelasan. Did i not deserve any explanation? Kenapa baru harini ada cerita macamni?

Akhirnya, dihari ketiga selepas ibunya call, baru saya dapat penjelasan dari Zahri. Ya, dia terpaksa menurut kehendak keluarganya. Katanya, dia sayangkan saya dia sayang hubungan kami, dia tak sanggup tapi dia terpaksa. Ada sesuatu yang ibu dia katakan, yang membuat dia terpaksa memilih ibunya. Saya merayu untuk dikasihani.

Tapi Zahri hanya meminta maaf. Perbualan kami baik baik saja. Saya akur akhirnya walaupun perit terasa. Saya tidak boleh membuai perasaanku lagi kerana dia bakal menjadi suami orang. Esoknya, saya memberitahu keluargaku. Saya agak emosi, saya menangis semahunya dihadapan ibuku. Kerana semua berlsaya tiba tiba.

Ibarat semalam hidupku mcm biasa, harini ibunya putuskan kami. Ibu bapsaya juga menangis melihat keadaanku. Katanya kenapa begitu? Anak ibu bukan barang mainan, bukan barang tepi jalan yang tiada perasaan. Dan mereka juga tiada datang secara formal untuk memutuskan. Bercakap di telefon dengan ibu bapsaya juga tiada.

Hanya denganku. Akhirnya senyap begitu sahaja. Berhari juga saya demam. Beratku turun mendadak. Tidurku tidak pernah nyenyak. Oh ya, mujur waktu ini PKP diumumkan dan jadualku seminggu bekerja dari rumah, seminggu di office. Sebab PKP juga, ada alasan kukuh untuk penangguhan bridal dan photographer tadi. Juga orang sekelilingku faham akan keadaan. Waktu PKP semua dalam keadaan gawat kan.

Saya lihat ibunya cubaan menjual kuih frozen. Sayu hatiku tidak dapat memeluk ibunya. Memang rezeki ibunya, kawan baikku tinggal di daerah yang sama dengannya dan terperangkap tidak boleh pulang ke rumah suaminya. Saya bank in duit ke kawan saya dan mintanya membeli banyak kuih ibunya.

Serta baki separuh dari wang tersebut berikan sahaja saguhati untuk ibunya. Itu sahaja yang mampu saya tolong dari jauh dan harap ianya bermanfaat. Juga menjadi pengubat rindu saya untuk keluarganya. Tiada niatku untuk menunjuk ya. Tiada siapa pun yang tahu. Hal ini juga antara saya dan kawanku sahaja.

Ibu Zahri sendiri tidak mengetahui ianya dari aku. Sungguh, saya sudah menganggap ibunya seperti ibuku sendiri dan menyayanginya. Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk Zahri dan keluarganya. Ada juga Zahri contact aku. Bertanyakan keadaanku.

Katanya hidupnya seperti mayat hidup. Saya hanya boleh menangis sendiri dan mendoakannya dari jauh sahaja. Walhal ku rasa kehidupan ku lebih teruk dr itu. Dirumah juga, saya selalu pura pura happy agar ibu bapsaya tidak turut sedih melihatku.

Yang sebenar benarnya saksi, adalah bantal dan selimutku yang selalu menyeka airmata ku. Ya, tidak saya nafikan saya sejenis yang bijak menyembunyikan perasaan. Lebih kurang 5 bulan berlalu, dia sudah mula memuat naik story dengan seseorang.

Saya terkejut. Kerana wanita itu free hair, rambut berwarna dan agak seksi. Tak kan ini pilihan keluarganya dalam hatiku? Tapi siapalah saya untuk menilai manusia. Walaupun jauh disudut hati saya dapat rasakan alasan yang diberi hanya sebuah alasan, tapi saya cuba menghadam untuk menenangkan hatiku.

Kerana tiada syak wasangka saya ke atas Zahri melainkan masuk campur urusan keluarganya yang selalu membuat kami selisih faham. Dan hari ini, 10/10, di atas tarikh yang cantik.

Within 6-7 bulan perpisahan kami, Zahri telah selamat diijab qabul dengan wanita tersebut. Alhamdulillah dipermudahkan. Cuma yang mengejutkan aku, location majlis yang di tag adalah di daerah dimana Zahri bekerja.

Bukan dari daerah kampungnya yang kononnya pilihan keluarganya. Maksudnya kenal ditempat kerja nya atau wanita di sekitar situ la kan? Mungkin sudah lama mereka menjalin hubungan, tinggal saja saya yang tidak mengetahuinya. Wallahualam. Saya masih tergantung jawapan, juga tergantung cerita yang sebenar benarnya.

Awalnya nampak keluarganya sedikit dingin terhadapku. Tapi mungkin juga Zahri play victim, tergamak dia menipu saya dan keluargsaya hidup hidup. Ibu serta seluruh ahli keluarganya bersubahat juga atas cerita yang mereka cipta.

Kenapa tidak jujur saja? Takpelah, tidak semua perkara harus ada jawapan. inshaallah saya kuat. Doakan saya selalu kuat ya. Tidak juga ku salahkan pihak mereka sepenuhnya, Saya juga pasti banyak sangat kekurangan. Kita manusia hanya bisa berencana.

Tapi andai Tuhan tidak berkehendak siapa saya untuk menghalanginya. Dari akhir pertunangan kami, hingga ke hari ini, saya telah ikhlaskan semua. Jujur dari lubuk hati paling dalam, tiada sedikit dendam yang saya simpan.

Kalian sekeluarga sentiasa ada dalam doaku. Usai subuh pagi tadi, ibuku tiba tiba masuk ke bilik ku memeluk ku sambil menangis. Katanya dia sangat mengerti perasaanku saat ini. Terus makin kuat tangis saya umpama tiada hari esok. Diluar juga hujan seakan mengerti perasaanku.

Syukur saya masih punya keluarga yang sangat memahami. Buat Zuhri, selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang dibina, kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Menjadi keluarga yang sakinnah mawaddah warahmah. Menjadi suami yang baik dan penuh kelembutan.

Semoga selalu yang terbaik mengiringi setiap langkah kalian. Terima kasih pernah memilih diri ini. Dari awal perkenalan hingga ke akhir pertunangan kita adalah hal terindah yang pernah hadir dalam diri ini.

Tiada sedikit pun penyesalan kerana menerima dirimu dahulu. Semoga bahagia. Ya, putus pertunangan tidak sehebat perceraian. Tapi bagiku, selagi bermain dengan perasaan, Ia tetap memberi luka yang dalam. Andai saya ada rezeki jodoh didunia ini, semoga dia dan keluarganya ikhlas menerima saya dan keluargaku.

– Tya (Bukan nama sebenar).

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya