Hai, assalamualaikum. Nama aku Bunga, berumur 27 tahun. Luahan ni saja nak cerita condition kulit aku yang dipanggil atopic dermatitis (eczema).

Sebenarnya memang dari kecik lagi kulit aku problem. Asal pergi klinik je doctor cakap kudis/kudis buta.

Lepas SPM baru tahu rupanya kulit aku ni sebenarnya eczema. Kebanyakan orang memang tak tahu pun eczema tu apa dan selalu je samakan dengan kudis (scabies).

Eczema dengan scabies ni nampak je sama tapi sebenarnya lain. Eczema takkan berjangkit tapi scabies, ya memang akan berjangkit.

Ya aku ngaku jela kulit aku memang buruk, banyak parut, luka sana luka sini package dengan bulu kaki sekali, haha.

Kalau korang tengok pun mesti nak muntah aku tak suka tengok kulit aku.

Oh ya, eczema aku ni ada dari peha sampai kaki. Dulu dekat tangan pun ada tapi sekarang alhamdulillah dah tak ada. Untuk elak aku sedih dan rasa down gila,

aku memang tak tengok sangat pun kaki aku. Punya teruk eczema aku sampai lalat pun boleh kerumun kaki aku. Pedih hakikat yang aku tak tipu.

Aku memang tak selesa nak solat dekat surau ke masjid kalau pergi jalan-jalan sebab masa nak ambik wudhu’ kena basahkan kaki.

tapi sekali jela aku buat macam ni. Punya aku nak cover takut kain aku terselak kalau angin kuat, hahaha..

Aku pernah ada pengalaman masa naik tangga dekat sekolah angin punya kuat sampai kain aku terangkat. Tak yah cerita laa terkejut dia macam mana..

tambah terkejut lagi ada member lelaki kat belakang aku. Of course laa diorang nampak kaki aku kan! tTak tau nak letak muka kat mana masa tuh.

Kalau kat rumah pulak, memang aku suka pakai seluar pendek je sebab yang macam aku cakap eczema aku ni akan berair dan lekit so aku tak suka nanti melekat dekat seluar.

Rimas! So kalau dah berseluar pendek kat rumah, memang aku tak suka orang datang rumah aku.

takut nanti lelaki aku tak boleh accept aku. Kang ada yang kawin sehari je. Memang la nak kawin tapi…. dengan keadaan aku macam ni memang low self-esteem habis.

Oh ya! Untuk lebih jelas, rupa paras aku selalu dapat pujian cantik atau comel. Hehe, tapi walauu beribu orang cakap aku cantik pun,

tak pernah aku rasa aku cantik sebabkan keadaan kulit aku dan rambut aku ;’( cop! Kenapa rambut aku?

Rambut aku pun satu hal. Sangat sikit dan nipis macam rambut lepas buat chemo. Jarang sangat-sangat. Aku pun tak faham kenapa. Aku tak pernah buat chemo pun.

Rambut ni buat tambah depress aku lagi. Dah laa kulit buruk, rambut pun buruk. Sedihnya!

Bagi diorang, diorang faham aku tak bersedia sebab aku anak sulung, ayah dah tak ada, diorang fikir aku tak bersedia sbb tanggungjawab aku dekat mak and adik-adik aku.

Tapi sebenarnya diorang tak tahu aku tak bersedia sebab kulit dan rambut aku ni.

Aku pernah je cuba berkawan untuk satu hubungan yang serius.. lepas tu aku decided to let him go sebab aku tak yakin dia boleh terima kekurangan aku.

Aku berlagak tenang macam tak ada perasaan je masa aku cakap tak nak teruskan relationship kitorang tapi sebenarnya aku sedih gilaa… aku tak berani nak confront pasal kulit aku.

Dari kecik sampai besar macam-macam aku usahakan walaupun doctor cakap eczema tak boleh pulih tapi boleh dikawal sahaja, aku usaha jugak perubatan alternative lain.

Sumber : kuasaviral

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."