Connect with us

#celeb

Pengarah Drama Meningg4l dan Punca Kem4tian Didedahkan, Al-Fatihah

Nurhalim Ismail merupakan Pengarah drama popular 90-an. Sebelum ini, beliau menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Hari Jumaat beliau telah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Subang Jaya, Selangor pada pukul 10:30 malam.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim memberitahu, Nurhalim yang juga bekas presiden pertubuhan itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

“Saya sempat melawat arwah pada jam 8.30 malam tadi dan ketika itu, keadaannya agak tenat.

“Apatah lagi, apabila pengurusan Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya menghantar beliau pulang, kami sudah dapat mengagak bagaimana keadaan arwah.

“Pemergian Nurhalim suatu kehilangan besar kepada industri. Sewaktu menjadi Presiden FDAM, arwah banyak membangunkan industri yang ketika itu sangat mencabar. Arwah adalah pengarah yang hebat,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham Nurhalim, 63, dihantar ke surau Ar-Rahman, Seksyen 9, Putra Height Shah Alam untuk menjalani proses mandi dan kafan pukul 8 pagi.

Prosedur solat jen4zah pula dilakukan pada pukul 10 pagi hari Sabtu.

Allahyarham Nurhalim telah dibawa ke tanah perkuburan USJ 22, Subang, pukul 10:30 pagi untuk proses pengebvmian.

Shera Aiyob pernah bekerjasama dengan Nurhalim. (Foto: Instagram Shera Aiyob).

Menurut laporan dari mStar pada 17 Jun yang lalu, Allahyarham Nurhalim berjaya melalui pembed4han jantung di Hospital Serdang, Selangor.

Pada waktu yang sama, Allahyarham juga disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Bukan sahaja memiliki kerjaya sebagai Pengarah, tetapi Allahyarham turut memiliki syarikat dinamakan Nur TV Production. Dalam penubuhan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Allahyarham juga merupakan antara individu yang memikul tanggunjawab bersama dengan Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Kamal Ishak (Arwah), Othman Zainuddin (Arwah) dan M Yusof Mohamad.

Penerbit dan pemilik Nur TV Production itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Sumber: mStar via tehtarikkaw

Continue Reading

Trending