Connect with us

#news

“Al4sannya Al4han Pada Kulit” Suami Isteri Sor0k Tag Pink C0vid-19, N4ik M0tor Pegi Beli-belah

Sepanjang wabak pandemik Covid-19 menyerang seluruh negara termasuklah Malaysia, dunia telah menyiapkan solusi dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan gejala pandemik itu dari tersebar dengan lebih radikal.

Seperti contohnya Malaysia. Negara kita telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah untuk mengurangkan gejala tersebut dengan mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pematuhan standard operation procedure (SOP) dan penjarakan sosial sepanjang satu meter.

Manakala untuk individu yang disarankan untuk dikuarantin dan tidak berada di kawasan umum, gelang berwarna merah jambu telah dipakaikan.

Namun, ada segelintir pihak yang memakai gelang merah jambu itu gagal dan ingkar arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Baru-baru ini, tular di media sosial dimana sepasang suami isteri berusia 54 dan 65 tahun telah bertindak sembunyikan gelang merah jambu dipakai mereka dengan cara menanggalkan dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO).

Pasangan suami isteri itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Hasil dari soal siasat dilaksanakan oleh pihak polis, mereka akhirnya akui telah menanggalkan gelang kuarantin itu dengan alasan menghidap alahan pada kulit dan menggunakan lorong tikus menggunakan motosikal untuk membeli barang.

Menurut laporan FMT, Wari Kew, Ketua Polis Daerah Kangar mengatakan bahawa pasangan itu ditahan ketika berlaku sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang sekitar jam 3:30 petang semalam.

Namun, pasangan itu telahpun dibebaskan dengan jaminan polis.

Larangan pergerakan keluar masuk di kawasan Temco Kedah, Perlis

PENDUDUK setempat dan orang luar dilarang melakukan pergerakan keluar masuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah dan Perlis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kawalan sepanjang masa dan akan mengambil tindakan terhadap individu ingkar arahan.

Menurutnya, amaran itu berikutan masih ada individu yang ingkar dengan keluar melalui lorong tikus seperti laluan batas sawah.

“Kita (polis) meletakkan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Temco itu tetapi tidak semua tempat boleh ada SJR kerana seperti di kawasan kampung mempunyai banyak sawah padi.

“Saya difahamkan semalam ada pasangan suami isteri menaiki motosikal keluar dengan memakai gelang (kuarantin) dan polis sudah mengambil tindakan kepada mereka.

“Polis sudah ditugaskan mengawal dan memantau kawasan berkenaan bagi memastikan mereka tidak keluar. Jika ditangkap akan dikenakan hukuman berat,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, penduduk setempat di dalam kawasan Temco berkenaan bebas bergerak.

Justeru, beliau merayu penduduk yang diarahkan berada di kawasan Temco itu supaya mematuhi arahan demi keselamatan ramai.

“Kena ada timbang rasa untuk jaga kepentingan orang lain, jangan redah sawah semata-mata untuk keluar,” katanya.

“Tolonglah, kita bukan saja jaga diri sendiri tapi jaga juga kepentingan orang lain kerana apabila mereka keluar semasa tempoh kuarantin 14 hari belum selesai, bahaya masih ada dan akan bawa bahaya kepada orang lain.

Fahami perbezaan penguatkuasaan di antara TEMCO dan EMCO

KUALA LUMPUR: Keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran, TEMCO dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD atau EMCO masih dalam kajian.

Pakar Perubatan dan Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng memaklumkan ia memerlukan masa untuk memahami keberkesanan dua penguatkuasaan tersebut namun pada masa sama, rakyat perlu mengetahui perbezaan antara TEMCO dan juga EMCO.

“TEMCO, kawasan yang dikawal memang sangat bersasar dan lebih kecil kalau dibandingkan dengan EMCO.

“Yang kedua, perbezaan SOP. Kawasan TEMCO lebih ketat seperti kuarantin rumah 28 hari seperti di Perlis buat masa sekarang atau jangka masa perniagaan kalau dibenarkan beroperasi adalah lebih singkat dalam TEMCO berbanding EMCO.

“Yang ketiga penguatkuasaan yang lebih ketat lebih rapi dalam kawasan TEMCO berbanding EMCO.

“Dan keempat ujian COVID atau kegiatan KKM lebih rapi dan mantap,” ujarnya.

Beliau pada masa sama mengakui kelalaian dan kealpaan rakyat adalah satu masalah rumit untuk diselesaikan kerana normal baharu akan ambil masa yang sangat lama untuk diterapkan.

Juteru, kerajaan mempunyai insentif atau sebab untuk melabur lebih banyak tenaga dan penyelesaian yang lebih komprehensif untuk menangani maslaah tersebut.

Selain itu, tegasnya, semua pemimpin di Malaysia harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan dalam mematuhi SOP dan menjalankan penguatkuasaan undang-undang agar ia tidak menimbulkan keraguan di segenap lapisan masyarakat.

“Pengamalan penguatkuasaan undang-undang yang tidak konsisten ini akan melumpuh atau melemahkan perlawanan antara COVID dengan kita kerana tiada kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh  kerajaan dan pemimpin Malaysia”, ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mewakili pihak di bidang kesihatan menyeru semua pemimpin Malaysia untuk bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan menunjukkan teladan yang lebih baik untuk sama-sama melawan COVID-19.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya