Ala kat malaysia pun harga tudung yg singkat dedah dada pun harga mahal.

Harga burqa di Afghanistan dilaporkan meningkat sehingga 10 kali ganda sejak ᴛᴀʟɪʙᴀɴ kembali berkuasa di negara itu, lapor portal Suara.com. Menurut portal itu lagi, pemerintahan ᴛᴀʟɪʙᴀɴ sebelum ini mewajibkan wanita yang beragama Islam untuk memakai pakaian yang menutupi aurat menjaga peribadi mereka. Rata-rata wanita di sana ketika ini dikatakan sedang menunggu keadaan untuk menjadi tenang sebelum kembali menjalani aktiviti dan rutin kehidupan harian seperti biasa.

Suara.com memetik laporan CNN mengatakan bahawa wanita disana biasanya hanya memiliki satu atau dua burqa yang dikongsi bersama dengan ahli keluarga yang lain.

“Andai kata kami tidak memiliki burqa, kami perlu mendapatkan kain atau sesuatu yang dapat dijadikan sebagai selendang menutup kepala,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa satu persatu kota-kota besar di Afghanistan jatuh ke tangan ᴛᴀʟɪʙᴀɴ setelah pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara bergolak itu. Malah, Presiden Afghanistan didakwa turut meninggalkan negara itu dan memberikan alasan bahawa tindakan berkenaan bertujuan untuk mengelak dan mencegah petumpahan darah dari berlaku.

Timbalan Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh yang dilahirkan dan menerima latihan ketenteraan di Panjshir berikrar untuk membebaskan semula negara ini dari ᴛᴀʟɪʙᴀɴ selepas beliau mengisytiharkan dirinya sebagai ‘penjaga kerajaan’.

AMRULLAH SALEH

Sementara itu ᴛᴀʟɪʙᴀɴ akui penukaran kerajaan ketika ini bukanlah perkara yang mudah.

Ada juga dalam kalangan kepemimpinan ᴛᴀʟɪʙᴀɴ percaya mereka masih memerlukan khidmat pegawai kerajaan terdahulu bagi membantu mereka membangunkan semula Afghanistan. ᴛᴀʟɪʙᴀɴ sebelum ini meminta menteri kesihatan dan datuk bandar Kabul untuk kekal dengan jawatan mereka, selain bekas presiden, Hamid  Karzai berkemungkinan ditawar jawatan dalam Kabinet ᴛᴀʟɪʙᴀɴ.

Setakat ini, tiada mana-mana negara jiran Afghanistan yang akan menyokong pergerakan anti ᴛᴀʟɪʙᴀɴ, selain sukar mendapatkan sokongan antarabangsa.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen anda disini. Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.