Connect with us

#news

Alat Bantuan Pernafasan Terhad, Ramai Lagi Perlu Dapatkan Alat Bantuan Pernafasan

Gelombang virus korona tidak dinafikan semakin membimbangkan kerana jumlah terkumpul positif ialah 553 orang. Walaupun begitu, pelbagai kempen telah dilakukan untuk memberi kesedaran tetapi masih ramai yang ambil ringan. Tidak kurang juga, ada segelintir masyarakat meremeh-remehkan virus tersebut seperti tidak akan ada impak buruk di kemudian hari.

Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya berfikir dahulu sebelum melakukan tindakan yang boleh berjangkit dengan individu lain.

Dengan sembilan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), alat bantuan pernafasan (ventilator) akan menjadi terhad sekiranya berlaku pertambahan pesakit pada masa akan datang.

Rileks lah. Virus ni tak mengancam pun.

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan Hasnor Safwan telah berkongsi kesan buruk kepada penghidap virus korona dan bagi mereka yang masih leka. Menurutnya, ramai yang memperlekehkan COVID-19 sedangkan menularan virus tersebut semakin meningkat dan petugas serta alat bantuan adalah terhad.

Beliau juga menjelaskan situasi dimana pesakit kronik, penghidap asma dan mangsa kemalangan juga memerlukan ventilator untuk bernafas.

gambar sekadar hiasan

“Bro. Kat Malaysia memang tak ada kematian lagi. Tapi ada 9 pesakit Covid dalam ICU. Cabut 9 ‘ventilator’ akan ada 9 kematian.

“Katil ICU dan ventilator ada had. Makin ramai pesakit yang kena jangkitan Covid, kemungkinan makin ramai yang perlu ventilator nanti,” tulisnya.

Kalau dah guna ventilator maksudnya kritikal lah tu

Dr. Hasnor kemudian memberi penerangan mengenai alat bantuan pernafasan perlu bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius. Walaupun jumlah kematian COVID-19 masih di angka sifar, tetapi ada 9 orang sedang ditahan di bilik kecemasan. Jika jumlah mereka bertambah pihak pusat rawatan perlu ada lebih banyak ventilator untuk merawat orang yang terlibat sehingga terpaksa memilih siapa benar-benar layakmenggunakan alat tersebut.

Ramai Lagi Perlu Dapatkan Alat Bantuan Pernafasan

Selain itu, Dr. Hasnor memberi amaran khususnya kepada golongan yang masih tidak mempunyai kesedaran sebelum penularan virus tersebut merebak dengan lebih tinggi. Katanya, fikirkan mengenai orang di sekeliling sebelum pergi ke tempat-tempat yang berisiko dengan alasan virus tersebut masih terkawal.

“Bila sampai satu tahap, ventilator akan tak cukup dan pesakit makin ramai, doktor terpaksa pilih pesakit mana yang boleh guna ventilator untuk diselamatkan.

“Jangan sebab korang ambil ringan saranan KKM, sampai satu masa nanti korang pun jadi salah seorang pesakit yang berebut nak pakai ventilator. Tak adil untuk pesakit lain,” katanya.

Sumber: Facebook Hasnor Safwan

Continue Reading

Trending