“Alhamdulillah, Sebagai Seorang Ibu Sudah Semestinya..,” Anak Sulung Buat Rita Rudaini Tersentuh, Ini Penyebabnya

Pelakon popular Rita Rudaini merasa terharu dan bangga dengan pencapaian diraih anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 12, yang menerima Anugerah Kecemerlangan untuk semua mata pelajaran, hari ini.

Tambah Rita, 45, Rayyan turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 selain pelajar terbaik untuk subjek bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

a

“Alhamdulillah, sebagai ibu sudah semestinya saya bangga dan terh4ru dengan pencapaian diraihnya. Bagi kedua-dua anak, saya memang utamakan pendidikan mereka.

“Sebab itu, saya tidak kisah berhabis untuk berikan yang terbaik. Macam Rayyan, dia memang fokus untuk semua subjek. Dia akan bising kalau tak dapat markah penuh. Sebab itu, saya selalu berikan dorongan.

“Saya pula bukan semua subjek tahu. Apa yang saya boleh tolong ajar, saya bantu. Selebihnya dia memang belajar dengan cikgu dan saya turut sediakan kelas tusyen. Apatah lagi sekarang ini proses pembelajaran masih secara dalam talian, jadi memang kena berusaha lebih sikit,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Menurut Rita, dia merancang untuk menghantar kedua puteranya itu ke Pusat Pendidikan Tahfiz.

“Insya-Allah, untuk peringkat menengah nanti kalau boleh nak hantar Rayyan dan Arjuna ke tahfiz. Mereka pun berminat. Saya percaya, ini saja saham akhir4t yang saya ada yang dititipkan oleh Allah kepada saya.

a

“Saya gembira melihat kejayaan anak-anak. Saya selalu pesan, nak berjaya di dunia dan akhirat kena rajin solat, mengaji, dengar cakap orang tua dan sentiasa berbuat baik. Alhamdulillah, mereka dengar kata. Tapi biasalah budak kan, ada masa datang juga malas mereka. Tapi, saya memang selalu beri nasihat,” katanya.

Komen netizen:

a

SUmber: Harian Metro

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.