Connect with us

#news

Alhamdullilah, Menteri Beritahu Bila Tarikh Boleh Keluarkan Akaun 1 KWSP Bagi Yang Layak

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.

Tengku Zafrul mula pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 4.23 petang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan semua Ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat untuk pembentangan Belanjawan 2021 untuk memberi peluang mendengar pembentangan.

Pengeluaran KWSP Akaun 1

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli kehilangan pekerjaan. Ahli layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Menurutnya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran akaun satu itu, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga 12,000

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun satu akan melibatkan 4 bilion.

“Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

BELANJAWAN 2021 | Pengeluaran Akaun 1 Dibenar Secara Bersasar

BELANJAWAN 2021 | Pengeluaran Akaun 1 Dibenar Secara BersasarPengeluaran simpanan KWSP akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.#Belanjawan2021 #BajetRakyat

Posted by Buletin TV3 on Friday, November 6, 2020

 

Sumber : TV3/Sinar/OM

Continue Reading

Trending