“Allah..pertama kali sy solat semata2 nak doakan khas utk siti sarah seblm ni sy doa utk semua org secara random..xtaula kes siti sarah ni mcm mengusik jiwa sy.. sy bgn solat doa khusus utk siti sarah.. sembuhkan dia Ya Allah..” – netizen

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

 

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan.

“Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bert4rung nyaw4 melaw4n C0vldl9.

Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani pembed4han selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap 0ksigen dalam badan menurun dan terp4ksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tdak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.

“Tlpu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.

“Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost l0st dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.

Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak

“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tdak balk tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebk.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan p0sitif C0vldl9 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan p0sitif vlrus tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber : mstar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.