ᴀʟʟᴀʜᴜ ᴡᴀʀɢᴀ ᴇᴍᴀs ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ sᴇᴅᴀɴɢ ʙᴇʀᴡɪʀɪᴅ ᴅɪ ᴍᴀsᴊɪᴅ

Allahu Warga emas meninggal dunia ketika sedang berwirid di masjid | SEORANG warga emas meninggal dunia ketika sed4ng berw!rid sebaik selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Lerek, Chalok, di Permaisuri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, Khalid Ahmad, 83, disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Katanya, warga emas itu bersama menantunya Mohamad Firdaus Ibrahim, 29, ke masjid berkenaan pada 7.15 malam.

“Menantu mangsa memaklumkan bapa mentuanya tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri ketika imam mahu membaca doa selepas selesai solat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Afandi berkata, Mohamad Firdaus menghubungi petugas kesihatan dan pemeriksaan lanjut mengesahkan warga emas itu meninggal dunia.

“Berdasarkan pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tiada kesan luka atau cedera. Arwah juga sering menjalani rawatan sakit asma di Hospital Setiu dan kali terakhir mendapatkan rawatan pada 16 Jun 2020,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah arwah dituntut keluarga untuk pengebumian di Kampung Banggol.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga Khalid, Raihan Husin, 31, berkata, arwah singgah di masjid itu untuk solat Maghrib berjemaah dan sepatutnya ke rumah menantunya di Chalok Barat untuk menghadiri majlis tahlil arwah isterinya, Meriam Latif.

“Menurut perancangan datuk saya bersama menantunya menuju ke Kampung Chalok Barat untuk menghadiri majlis tahlil arwah nenek. Kebetulan dalam perjalanan hari sudah senja dan mereka berhenti untuk solat Maghrib di masjid di Kampung Sungai Lerek.

“Arwah keluar dari rumahnya di Kampung Banggol selepas Asar dan sempat singgah di rumah menantu seorang lagi sebelum ke masjid bersama. Sudah menjadi rutin arwah untuk solat di mana-mana masjid yang sempat dia singgah,” katanya.

“Tak sangka pula datuk tak sempat sampai ke majlis tahlil arwah nenek,” katanya ketika dihubungi.

Dia juga memberitahu sempat bertemu arwah beberapa hari lalu kerana rumah mereka berdekatan dan arwah seorang pemurah dan kerap berkongsi makanan, hasil tanaman dengan keluarga dan penduduk kampung.

Raihan berkata, datuknya merupakan jemaah tetap di sebuah masjid di kampungnya iaitu Kampung Banggol. Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) arwah nampak muram kerana tidak dapat menunaikan solat berjemaah.

“Pada Sabtu lalu isteri arwah meninggal dunia. Semalam arwah pula dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol kira-kira 11 pagi tadi,” katanya.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Pada Yang Membaca Minta Jasa Baik Untuk Tinggalkan Komen Untuk Lebih Ramai Nampak Artikel Ini. Terima kasih.

Sumber :coretannasihat /

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.