“Salahkah saya cili kemaluan kekasih suami?” – Isteri Hamil Curiga Suami Kerap Hilangkan Diri.

VIETNAM – Seorang wanita hamil yang mendapati suami curang kepadanya, telah menghukum kekasih suaminya dengan menyapu cili ke dalam kemaluan wanita itu.

Ly Chanel, 23, mengatakan dia merasa curiga apabila suami yang baru dikahwininya 7 bulan, Chien Keo, 24, kerap menghilangkan diri selama beberapa jam.

Bakal ibu dan 4 rakannya kemudian mengekori dan mengikuti Chien ke sebuah hotel sebelum dapat menangkap Chien dan kekasihnya di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.

Mangsa yang berpakaian merah kemudian diserang dan berlaku pergelutan serta pergaduhan di antara mereka di atas katil biliknya. Sementara salah seorang dari mereka kemudian merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

Selepas beberapa ketika, mereka berjaya menangkap dan menanggalkan seluar dalam wanita itu. Mangsa cuba melarikan diri dan meronta-ronta, tetapi gagal berbuat demikian kerana kaki dan tangannya telah dipegang oleh 2 rakan isteri kepada teman lelakinya itu.

Pada masa yang sama, si isteri menggunakan sarung tangan untuk mengambil segenggam cili yang dibawanya lalu dilumur pada kemaluan mangsa yang dituduh berselingkuh menjalin hubungan dengan suaminya.

Mangsa tidak berdaya menghalang perbuatan mereka dan hanya mampu menutup wajahnya dengan bantal daripada dirakam lensa kamera.

Setelah kejadian itu, LC memuat naik gambar-gambar yang dirakam di Facebook dan viral di pelbagai media sosial serta mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang bersetuju dengan tindakannya itu, tetapi tidak kurang juga menganggap perbuatan LC dan rakan-rakannya terlalu kejam dan tidak adil.

“Dia perlu kawal kemarahan diri dan serahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Selain itu, kemaluan suaminya juga patut dilumurkan dengan cili kerana dia juga bersalah dalam kes ini,” kata netizen.

Ly yang baru hamil tiga bulan dan bakal menerima bayi lelaki berkata, “Adakah suami saya mahu saya hidup bahagia dan menerima kehadiran zuriatnya ini kelak?

“Bagaimana dia boleh menanggung kami jika dia curang dengan perempuan lain? Perempuan yang menghancurkan rumahtangga wanita lain.

“Wanita boleh memberi kemaafan dengan mudah tetapi mereka tidak akan melupakan apa yang telah berlaku. Cemburu itu satu pedih dan pastinya perempuan itu juga tahu perasaan ini.

“Biarpun ada yang membenci saya dengan apa yang telah berlaku, tetapi begitulah kehidupan yang kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.,” katanya.

Sementara itu, polis berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis dari mangsa kejadian namun pendakwaraya berkata, Ly Chanel boleh dikenakan tindakan jika polis mahu melakukan pendakwaan terhadapnya.

Peguam Giang Hong Thanh dari pejabat peguam daerah berkata, “Pertama sekali, adakah perlu berkongsi dan bersimpati dengan keadaan psikologi si isteri dalam hal ini jika wanita itu memang telah dilumurkan dengan cii itu telah menganggu rumahtangganya?

“Melumurkan cili di kawasan kemaluan individu lain dan memuat naik klip video atau gambar di internet adalah tindakan yang bertujuan menghina orang lain.

“Jika cili itu mencederakan alat kelamin mangsa, si isteri boleh didakwa mengikut Artikel 104 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman dan denda dari RM389 hingga RM556,” katanya.

Difahamkan, LC telah memadamkan gambar-gambar tersebut dari Facebook. Tetapi sudah terlambat kerana gambar-gambar itu telah tersebar meluas di media sosial.

LC dan suaminya yang tinggal di Taiyuan (China), ketika dihubungi enggan mengulas tentang kejadian itu.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.