”Orang Biasa Sajer, Bukan Selebriti Atau VIP”- Mawar Akui Kini Sedang Mengenali Hati Seseorang

Mawar Karim, bekas isteri Fizo Omar dikatakan sedang mengenali hati budi seseorang buat masa ini. Lazim diajukan soalan mengenai jodoh selepas Fizo Omar turut bertemu jodoh pada penghujung tahun lalu.

Pun begitu, sambil berkongsi mengenai perkembangannya terkini, Mawar berkata, seseorang yang dimaksudkan hanyalah dari orang biasa sahaja bukanlah selebriti atau VIP seperti yang diperkatakan.

Mawar Turut menjelaskan selepas bercerai dengan Fizo, dia tidak ada berhubung dengan bekas suaminya itu selain perkara berkaitan anak mereka, Wan Maryam. Bagaimanapun, katanya sebelum Fizo mendirikan rumah tangga, bekas suaminya ada memberitahu dia sedang mengenali seseorang lantaran itu Mawar mengucapkan kepadanya selamat maju jaya.

Sebelum ini, Mawar pernah mengeluarkan kenyataan kepada isteri baharu Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’ kerana ia khas untuk dirinya.

” Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa,” katanya.

Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam kini berusia 4 tahun. Fizo kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Fazeera Nazri.

Fizo Omar Dedah Punca Perceraian

Pelakon Fizo Omar menjelaskan punca perceraiannya dengan bekas isteri, Mawar Karim tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perbalahan, sebaliknya hanya membabitkan kelemahan yang datang daripada diri masing-masing.

Sekalipun sudah tidak lagi sebumbung, Fizo melihat keruntuhan rumah tangga itu sebagai permulaan baharu kepada tang­­gungjawab yang bakal dipikul mereka berdua sebagai ibu bapa tanpa gelaran ‘suami isteri’ terhadap cahaya mata tunggal bernama Wan Maryam.

” Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai ‘CO-PARENT’ dan sahabat baik.

” Tiada perbalahan di antara kami. Punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.

” Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak,” tulisnya.

”Orang Biasa Sajer, Bukan Selebriti Atau VIP”- Mawar Akui Kini Sedang Mengenali Hati Seseorang

Bekas peserta Hero Remaja itu membuat kenyataan menerusi laman sosial Instagram,  mengucap penghargaan kepada semua pihak, selain menitip doa yang terbaik buat Mawar sekeluarga.

Fizo menceraikan bekas isteri yang juga usahawan tudung itu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

Pergolakan perkahwinan mereka mula dihidu media apabila Fizo tidak lagi menyambut Aidilfitri bersama isteri seperti lazimnya tahun-tahun lalu.

Sumber: Y0utube Tibi 3 Malaysia

Check Also

Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berk4ki ay4m tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

SEBAGAI umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk berbuat baik sesama manusia dan m4khluk lain. Walau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.