Connect with us

#viral

“Anak-anak macam Ali bukannya jahat tapi..”- Guru besar ‘bangga’ tak menangis hari terakhir di sekolah, namun berder4i air mata berdepan seorang murid n4kal

Setiap pertemuan didunia ini pasti akan menghadapi perpisahan tidak kira sama ada ianya sebak atau pahit. Walau keras mana pun hati seseorang itu, jika hadapi perpisahan pasti air mata akan menitis jua.

Itulah situasi dan waktu terakhir yang dialami oleh seorang tenaga pengajar berpangkat guru besar sekolah rendah di Johor sebelum khidmat beliau sebagai guru berakhir.

Tiada lagi perhimpunan besar-besaran diadakan di sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas, Pontian atas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jadi, aku pun pergilah dari satu kelas ke satu kelas. Biasalah, jiw4 kental macam aku ni mana mudah men4ngis.”

“Tetapi aku nyata salah. Sebaik tiba di kelas 2 Harapan, berder4i juga air mata aku bila berhadapan dengan anak murid aku yang seorang ni.”

“Ali… awak jaga diri tau, jaga h4ti ibu dan cikgu awak. Belajar rajin-rajin biar boleh bantu ibu awak nanti. Ingat tau. Tanpa sedar, bercvcuran air mata turun,” tulisnya di halaman akaun Facebook Firdauz Abdullah.

Guru besar tersebut iaitu Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin yang berusia 37 tahun itu mengatakan bahawa Ali merupakan murid sekolah yang ‘bertuah’ dan dikenali seluruh warga sekolah tersebut atas kenakalannya biarpun baru berusia 8 tahun.

Khidmatnya sebagai guru besar di sekolah tersebut berakhir selepas 3 tahun dan 7 bulan. Beliau meluahkan, situasi dan keadaan sewaktu menjalani hari terakhir di sekolah itu pada tanggal 28 Julai yang lalu amat memilukan.

“Ada 22 kelas saya masuk dan sampai ke kelas Ali, saya menangis depan murid-murid kelas tu. Ada beberapa guru ketika itu, termasuk yang meng1ringi saya. S4yu sangat.”

“Ali pelajar nakal, tapi anak-anak macam Ali ni bukannya jahat. Dia ada m4salah keluarga sebenarnya,” katanya kepada pihak mStar.

“Walaupun Ali seorang murid yang n4kal, tetapi dia juga seorang yang cerdik cuma dia kurang p3rhatian dan kasih sayang dari pihak keluarganya selain dari kurang berkemampuan,” kata Ahmad Firdauz.

Ali juga menjadikan Ahmad Firdauz sebagai tempat mengadu jika dia lapar, membuatkan guru besar itu mengetahui dan memahami situasi keluarga Ali yang mempunyai faktor kewangan tidak stabil.

“Saya tak mampu buat apa-apa selain menjadi abah yang terbaik untuk murid-murid SK Pekan Nanas sepanjang berkhidmat di sana. Hanya doa dan memori yang indah akan saya sentiasa titip dan ulang setiap hari hingga ke akhir nanti.“

“Ali yang paling selalu menyapa saya. Nampak dari jauh mesti dia lambai dan jerit.”

“Saya anggap dia macam anak. Saya sebagai bapa dia,” katanya.

Ahmad Firdauz mempunyai pengalaman dari bidang perguruan dan pendidikan sekitar 15 tahun.

Beliau juga mendoakan agar Ali dan kesemua warga SK Pekan Nanas berjaya dalam kehidupan dunia dan juga akhirat kelak.

“Kejayaan itu bukan hanya diukur dalam bilangan A, tetapi sejauh mana mereka boleh memberikan yang terbaik dalam kehidupan,” katanya yang kini menggalas tanggungjawab selaku Ketua Program II, Genius Kurnia, Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Genius Kurnia Sentul, Kuala Lumpur.

Genius Kurnia adalah pusat intervensi awal kanak-kanak yang menghidap autisme dan keluarga masing-masing.

Apabila mengimbau kembali kenangan sewaktu Ali ada, Ahmad Firdauz mengatakan bahawa atas sikap Ali yang nak4l itu, murid berkenaan selalu menghadapnya di sekolah.

“Cikgu, saya tak bawa duit,” kata Ali.

“Tak apa, nah RM2, pergi beli makan. Kau beli benda lain, cikgu seb4t kau,” ujar Ahmad Firdauz.

“Yeay! Terima kasih Gubeso (guru besar)!” jawab Ali dengan nada riang yang pastinya menjadi antara kenangan terindah yang terpahat dalam memori pendidik itu.

“Saya tak mampu buat apa-apa selain menjadi abah yang terbaik untuk 625 murid SK Pekan Nanas sepanjang berkhidmat di sana.”

“Hanya doa dan memori yang indah akan saya sentiasa titip dan ulang setiap hari hingga ke akhir nanti,” kata Ahmad Firdauz.

Sumber : mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya