Terbabas Hilang Kawalan Rempuh Hilux, Pemuda Sedang Puasa Sunat Maut Kemalangan.

KOTA TINGGI – Seorang operator kilang maut selepas kereta Perodua Alza dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Kilometer 6 Jalan Mawai – Tanjung Sedili, Kampung Sayang di sini pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada jam 11.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhamad Amirul Zakur Zulkefli, 23, maut di lokasi kemalangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai Operator kilang komponen elektronik di Bandar Tenggara dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Tanjung Sedili di sini.

ᴛᴇʀʙᴀʙᴀs ʜɪʟᴀɴɢ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ Rempuh Hiluz, ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ sᴇᴅᴀɴɢ ᴘᴜᴀsᴀ sᴜɴᴀᴛ ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

Manakala, Toyota Hilux dipandu seorang lelaki 46 tahun bersama tiga penumpang daripada Felda Tenggaroh menghala ke bandar Kota Tinggi.

Rata2 saudara dan kenalan arwah terkejut dengan pemergian Amirul yang disifatkan seorang anak dan sahabat yang baik. Arwah dikhabarkan sedang berpuasa sunat pada hari kejadian.

ᴛᴇʀʙᴀʙᴀs ʜɪʟᴀɴɢ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ Rempuh Hiluz, ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ sᴇᴅᴀɴɢ ᴘᴜᴀsᴀ sᴜɴᴀᴛ ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

ᴛᴇʀʙᴀʙᴀs ʜɪʟᴀɴɢ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ Rempuh Hiluz, ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ sᴇᴅᴀɴɢ ᴘᴜᴀsᴀ sᴜɴᴀᴛ ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Alza melalui jalan itu telah terbabas memasuki laluan bertentangan lalu hilang kawalan dan melanggar Toyota Hilux yang berada dilaluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, ek0ran perlanggaran itu telah menyebabkan Toyota Hilux terjatuh ke dalam longkang yang berada di bahu kiri jalan menghala ke Kota Tinggi.

ᴛᴇʀʙᴀʙᴀs ʜɪʟᴀɴɢ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ Rempuh Hiluz, ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ sᴇᴅᴀɴɢ ᴘᴜᴀsᴀ sᴜɴᴀᴛ ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

Katanya, pemandu Toyota Hilux dan tiga orang lagi penumpang dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dibawa ke HKT untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

ᴛᴇʀʙᴀʙᴀs ʜɪʟᴀɴɢ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ Rempuh Hiluz, ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ sᴇᴅᴀɴɢ ᴘᴜᴀsᴀ sᴜɴᴀᴛ ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ

Salam takziah diucapkan. Semoga ahli kluarga arwah tabah menerima ujian ini. Semoga syurga tempat Amirul. Al Fatihah.

Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”  – (HR al-Bazzar 6987).

Sumber: K! ONLINE

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.